11 Calon Pemain Yang Dijangka Akan Menyertai Kedah Musim 2018

Loading...

Kedah dijangka bakal dapatkan 2 pemain dari Kelantan.

– NorFarhan Mohamad

– Badri Radzi

Dua nama yang disebut dari pasukan Perak yang akan menyertai pasukan Kedah.

– Zaquan Adha

– Nazirul Naim

 

Senarai Pemain Yang Sah Dilepaskan Oleh KFA:

Syafiq Ahmad

Fitri Omar

Ken Ilso

Zac Anderson

4 pemain masih didalam rundingan untuk bersama Kedah masing masing daripada Penang,Selangor,Felda United dan Jdt.

– Faiz Subri ( Penang)

– Fitri Shazwan (Selangor)

– Wan Zack Haikal (Felda)

– Syakir Shaari (Jdt)

Pemain Import dalam radar KFA :

– Thiago Augusto

– Issey Nakajima

– Import dari Nigeria.(Sekarang bermain di liga Australia)

– Pemain Skuad piala Dunia Australia 2008 ( kuota Asia)

– Pemain Muda Naturalisasi Filipina (Kuato Asean)

( Rumuor Skuad Kedah 2018 )

 

 

SIAPA LEBIH LAYAK KEMUDI KEDAH 2018?

Sejak akhir-akhir ini, penyokong Kedah dan pemerhati bolasepak Malaysia hangat memperkatakan tentang berita isu siapa yang bakal menjadi ketua jurulatih pasukan Kedah pada tahun 2018 selepas Nidzam Adha menyatakan hasrat untuk tidak mahu lagi menjadi ketua jurulatih sebaliknya mahu kembali untuk menjadi penolong jurulatih skuad helang merah.

Masih belum reda dengan isu Nidzam Adha, timbul lagi isu hangat apabila bekas jurulatih JDT yang berjaya membimbing pasukan JDT sehingga berjaya membawa pulang Piala AFC buat kali pertama kebumi Malaysia menyatakan minat untuk menjadi jurulatih Kedah pada musim hadapan disamping nama yang tidak asing lagi bagi pasukan Kedah iaitu Ramon Marcote yang dilihat acap kali menunjukkan minat serta meneliti setiap perkembangan Kedah dari semasa-semasa.

Namun persoalannya siapakah diantara dua nama besar ini yang layak untuk membimbing pasukan Kedah musim hadapan?

Bagi pendapat admin, dua individu yang menyatakan hasrat untuk menjadi ketua jurulatih Kedah ini bukanlah calang-calang kerana masing-masing mempunyai rekod yang baik dan pengalaman yang tidak dapat disangkal kemampuan mereka berdua. Mari kita lihat head to head kedua-dua individu ini terlebih dahulu sebelum menilai siapa yang lebih layak.

RAMON MARCOTE

Nama : Ramon Marcote (Marco)

Asal : Sepanyol

PENGALAMAN :

– Lesen kejurulatihan UEFA PRO A

– Degree dalam Sports Science

– Jurulatih akademi Atletico Madrid

– Rakan kepada Pep Gurdiola ( di Atetico Madrid )

– Jurulatih Kecergasan Kedah

– Ketua Jurulatih sementara Kedah .

PENCAPAIAN :

– Pernah melahirkan bintang2 seperti Fernando Torres,Sergio Aguero,Koke,Saul Niguez dan ramai lagi semasa di Atletico.

– Membawa Kedah ke Final Piala Malaysia 2015

– Berjaya membentuk corak permainan Kedah dengan sempurna.

– Mengenalpasti pemain yang berbakat ( Rizal Ghazali yang dahulu hanya pemain simpanan semasa dibawah kendalian TCH,namun semasa MC menjadi head coach berjaya meletakkan Rizal sebagai pemain pertahanan kanan terbaik buat masa ini di Malaysia.)

– Falsafah bolasepak moden dalam skuad Kedah.

MARIO GOMEZ

Nama : Roberto Carlos Mario Gómez ( Mario Gomez )

Asal : Argentina

PENGALAMAN :

– Pernah melatih 13 pasukan sepanjang kerier sebagai jurulatih.

– Bekas pemain antarabangsa Argentina

– Pembantu jurulatih kelab terkemuka dunai seperti Valencia dan Inter Milan.

PENCAPAIAN :

– Membawa JDT sehingga menjuarai Piala AFC.

– Membawa South China ke peringkat Separuh Akhir Piala AFC.

– Berjaya menjuarai trofi Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA buat JDT.

– Berjaya menerapkan Winning Mentality pada setiap pemain JDT dan menerapkan permainan Modern Football.

Jadi setelah melihat pengalaman dan pencapaian kedua-dua jurulatih ini, sudah pasti memberikan sinar buat pasukan Kedah dalam proses mengekalkan falsafah bolasepak dengan permainan short pass dan simple football kerana kedua-dua ini memiliki kelebihan masing-masing diperingkat eropah khususnya.

Bagi admin, kedua-dua jurulatih ini layak untuk menjadi Jurulatih Kedah pada musim hadapan namun sedikit kelebihan dimiliki oleh Ramon Marcote kerana jika nak dibandingkan Marco dengan Mario, sudah pasti memihak kepada Marco kerana semasa Marco tiba di Kedah, pasukan Kedah rata-ratanya merupakan pemain muda dan masih kurang pengalam diperingkat tertinggi Liga Malaysia berbanding Mario yang menjadi jurulatih JDT rata-ratanya mempunyai pemain yang terbaik di Malaysia.

Secara jujurnya,bukan mudah untuk menerapkan falsafah bolasepak yang moden yang diterapkan oleh Marco semasa membimbing Kedah setelah ketiadaan TCH kerana rata-rata pemain ketika itu dibesarkan dengan Longball yang sudah jadi kebiasaan bolasepak di Malaysia tetapi beliau berjaya menerapkan permainan Tiki-taka walaupun tidak keseluruhan permainan tiki-taka diterapkan pada ketika itu sehingga Kedah satu-satunya pasukan di Liga Malaysia yang berjaya mempamerkan corak short pass dan tiki taka yang menarik dan amat dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong bolasepak Malaysia.

Sebaliknya berlaku dibawha kendalian Mario apabila beliau mempunyai pemain-pemain yang berkualiti pada ketika itu seperti Mahali Jasuli,Safiq Rahim, Diaz,Lucero, Amri Yahya,Matyo,Aidil dan ramai lagi. Sudah pasti tidak memberikan masalah buat Mario untuk membimbing pasukan JDT dan berjaya menerapkan Modern Football dengan corak permainan hantaran pendek dan laju.Apa yang admin minat dengan Mario ialah beliau berjaya menerapkan Winning Mentality pada setiap pemain apabila bermain diatas padang buktinya kita dapat lihat pemain JDT akan bermain dalam apa jua keadaan untuk meraih kememangan biarpun sehingga keminit akhir perlawanan.

Secara keseluruhannya,admin berpendapat RAMON MARCOTE lebih layak untuk membimbing pasukan Kedah pada musim hadapan kerana ilmu dan pengalaman beliau melahirkan pemain berkualiti dan penerapan Tiki-taka dalam corak permainan pasukan.

Akhir sekali, datanglah siapa pun yang menyatakan minat untuk melatih Kedah,jika pengurusan Kedah tidak berubah dan terus menyukat kantung maka tiada guna bercakap banyak kerana seluruh penyokong sudah tahu jawapan dan keputusan yang akan dilakukan KFA.

[PILIHAN ADMIN BAGI BARISAN KEJURULATIHAN KEDAH MUSIM 2018.[

Ketua Jurulatih : Ramon Marcote

Jurulatih : Nidzam Adha

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN

8 NOVEMBER 2017

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) telah mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan isu-isu semasa berkenaan maklumbalas dari cadangan dan desakan oleh beberapa pihak terdiri dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Negeri Kedah supaya Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah meletak jawatan sebagai Presiden KFA.
Ahli Majlis Eksekutif KFA telah berbincang isu tersebut secara mendalam dan telah bersetuju sebulat suara bahawa barisan kepimpinan KFA melalui Ahli Majlis Eksekutif memohon supaya jawatan Presiden KFA yang disandang YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah wajib DIKEKALKAN.
Ahli Majlis Eksekutif berpendapat sumbangan dan komitmen Beliau sebagai Presiden KFA menerusi pelbagai bentuk sokongan terutamanya aspek kewangan, tajaan pihak swasta dan penyediaan kemudahan infrastruktur latihan pasukan antara kesan dan kepentingan YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah perlu mengekalkan jawatan sebagai Presiden KFA.
KFA juga ketika ini dalam proses melakukan persediaan pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2018, peralihan kuasa pengurusan pada ketika ini dianggap tidak sesuai memandangkan komitmen yang telah diberi sejak 2 tahun lepas.
Berkenaan tular isu rasuah yang digembar-gemburkan pihak media, pihak KFA berasa kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan tuduhan tanpa sebarang bukti dan tidak mengikut saluran yang betul. Jika pihak terbabit mempunyai bukti, pihak KFA menyarankan laporan dilakukan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan susulan. Dengan prestasi pasukan musim ini yang sentiasa mempamerkan aksi terbaik dan menggapai beberapa kejuaraan, tuduhan tidak berasas ini patut dihentikan untuk menjaga imej bolasepak pasukan Kedah dan juga maruah setiap pemain yang bernaung dibawah KFA.
Berkenaan isu sorakan terhadap YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah ketika aksi perlawanan akhir TM Piala Malaysia Sabtu lepas di Stadium Shah Alam, pihak KFA kesal dengan situasi yang berlaku tambahan pula berlaku dihadapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan menegaskan supaya budaya menghormati pemimpin perlu diberi perhatian supaya sukan bolasepak alat perpaduan bukan perpecahan.
Ahli Majlis Eksekutif KFA merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan tertinggi diterajui YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah dan barisan kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif, pengurusan pasukan, para pemain, para penyokong di atas kejayaan pasukan Kedah musim ini dengan menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan Piala FA. Selain itu KFA juga berjaya menggondol kejuaraan Piala Belia oleh skuad Kedah Bawah 19 tahun dan juga skuad Bolasepak Wanita Kedah menjuarai Liga Bolasepak Rakyat Wanita dan naib juara Piala Tun Sharifah Rodziah.
KFA sentiasa berusaha untuk melakukan transformasi dan penambahbaikan dari segi aspek pengurusan dalam semua sudut, kesannya dapat dilihat dari sistem penyampaian dan prestasi pasukan kini berada di landasan tepat sebagai pasukan elit dalam bolasepak Malaysia. KFA juga mengharapkan penyokong pasukan Kedah sentiasa memberi sokongan kepada pihak pengurusan KFA dengan turut bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi kemajuan bolasepak negeri Kedah.

Sekian.

Kenyataan media oleh,

Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Bin Syed Abdullah

TIMBALAN PRESIDEN KFA

kredit:- buletinviral.com

Loading...