3 Pemain JDT Yang Mempunyai Nilai Perpindahan Semasa Tertinggi

Loading...

Menurut laman web Transfermarkt.com yang berpengkalan di United Kingdom, kami dapati 3 pemain JDT tersenarai dalam 10 pemain yang mempunyai nilai perpindahan semasa tertinggi dalam Liga Malaysia. 3 pemain tersebut adalah seperti berikut:

1- NATXO INSA

Pemain yang menggemparkan peminat bola sepak di Malaysia melalui keputusan beliau meninggalkan Levante yang berjaya naik ke saingan La Liga Sepanyol untuk musim 2017-2018.

Walaupun beliau mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Levante beliau nekad membuat keputusan untuk berpindah ke JDT dengan kontrak selama 2 tahun. Nilai perpindahan sebenar tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak namun menurut sumber dari El Desmarque nilai perpindahan beliau kira-kira setengah juta euro.

Walaubgaimanapun menurut Transfermarkt.com nilai sebenar pemain ini mencecah €800,000 (RM 3,918,908.94) Nilai ini meletakkan Natxo Insa sebagai pemain yang mempunyai nilai perpindahan tertinggi di Liga Malaysia.

2- GONZALO CABRERRA

Gonzalo Cabrerra yang berasal dari Argentina memulakan kerjaya bola sepak bermula di Akademi Boca Junior. Beliau di bawa masuk ke JDT daripada kelab Al-Faisaly yang bermain di liga Arab Saudi.

Menurut Transfermarkt.com nilai terkini Gonzalo Cabrerra ialah €750,000 (RM 3,673,977.13) yang meletakkan beliau di tempat ke 4 senarai pemain dengan nilai pasaran tertinggi dalam Liga Malaysia. Selepas separuh musim bersama JDT Cabrerra menunjukkan kualiti permainan setanding dengan nilainya.

4- SAFIQ RAHIM

Kapten yang mula bersama JDT di awal penubuhan kelab merupakan pemain tempatan yang mempunyai nilai pasaran tertinggi mengikut Transfermarkt.com. Nilai terkini beliau menurut laman web tersebut ialah €400,000 (1,959,454.47) yang menduduki tangga ke 9 dalam senarai tersebut.

Nilai ini setanding dengan anugerah-anugerah yang pernah beliau miliki terutamanya anugerah “Most Valuable Player (MVP)” dalam Piala AFC 2015.


sumber:- semuanyajdt

Loading...