4 Kawasan Lautan Paling Dalam Di Dunia

mh370 641

Tragedi kehilangan MH370 masih menjadi misteri hingga kini. Tiada siapa mampu memberi jawapan ke mana hilangnya pesawat sebegitu besar. Namun, ia dikatakan bersemadi di bahagian selatan Lautan India yang tersangat luas.

jika dilihat kembali, Lautan India bukan lah kawasan laut paling dalam dan luas di dunia, namun ia sudah mampu menidakkan pencarian oleh manusia, apatah lagi jika ia terhempas ke dalam jurang paling dalam di dunia.

iluminasi.com ingin berkongsi 4 titik lautan paling dalam di dunia.

4. Jurang Kuril–Kamchatka

kuril kamchatka

Terletak di barat laut Lautan Pasifik, Jurang Kuril–Kamchatka merupakan jurang ke-3 terdalam di dunia. Jurang ini mendatar sepanjang tenggara Kamchatkan dan selari dengan Pulau Kuril sehingga dan bersambung dengan Jurang Jepun di timur Hokaido. Jurang ini terhasil akibat daripada zon subduksi iaitu titik perlanggaran antara dua plat tektonik bumi. Ia juga menyebabkan terhasilnya Pulau Kuril dan busur gunung berapi Kamchatka.

Kawasan paling dalam pada jurang ini adalah 10,500 meter di bawah aras laut. Jurang ini juga bertanggungjawab ke atas kebanyakan aktiviti gunung berapi di kawasan ini.

3. Jurang Filipina

jurang filipina

Jurang Filipina, adalah satu jurang yang terletak di bahagian timur Filipina dan utara Lautan Pasifik. Ia juga merupakan jurang kapal selam dengan jarak 1,320 kilometer dan berkelebaran 30 kilometer.

Galathea Depth yang merupakan titik paling dalam jurang ini yang berkedalaman 10,540 meter mampu memuatkan 12 buah bangunan paling tinggi di dunia iaitu Burj Khalifa yang berketinggian 829 meter.

2. Jurang Tonga

tonga trench

Jurang Tonga terletak di barat daya Lautan Pasifik yang merupakan jurang paling dalam di Hemisfera Selatan, dan ke-2 paling dalam di dunia. Bahagian yang paling dalam pada jurang ini dikenali sebagai Horizon Deep dengan kedalaman 10,800 meter. Jika disusun secara bertindan-tindan, kedalaman Jurang Tonga mampu memuatkan hampir 24 buah Menara Berkembar Petronas.

1. Jurang Mariana

jurang mariana

Kawasan laut paling dalam di dunia terletak di barat Lautan Pasifik, 200 kilometer dari Pulau Mariana di timur Filipina, tidak lain dan tidak bukan adalah Jurang Mariana. Jurang Mariana berbentuk bulan sabit di bawah kerak bumi sepanjang 2,550 kilometer dan 69 kilometer lebar menghala kawasan di antara Australia dan Jepun.

Jurang ini mempunyai kedalaman 10,990 meter dibawah paras laut yang dikenali sebagai Challenger Deep, terletak di bahagian hujung selatan jurang ini. Tekanan di dasar jurang ini adalah 1,000 kali ganda tekanan laut.

jurang mariana 3

jurang mariana 2

Jika ditenggelamkan Gunung Everest ke dalam Jurang Mariana, puncak Gunung Everest masih berada di bawah paras laut sejauh 1.6 kilometer. Hanya 3 individu sahaja yang pernah turun ke dasar jurang ini iaitu 2 orang saintis pada tahun 1960, dan James Cameron pada tahun 2012.

Rujukan

1. Geology

2. Marine Insight

kredit:- iluminasi

1 thought on “4 Kawasan Lautan Paling Dalam Di Dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *