5 Anime Klasik Paling Popular Yang Perlu Anda Tonton

macross terbang

Pasti ramai rakyat Malaysia yang kaki anime. Ini terbukti kerana sambutan untuk mana-mana acara yang melibatkan anime pasti mendapat sambutan hangat di negara. Komik-komik yang terbit juga banyak mendapat inspirasi daripada anime-anime Jepun yang diterbitkan.

Masih baru pada anime? Tak tahu mana satu nak mula? Berikut adalah 5 anime klasik yang perlu anda tonton sebagai pengenalan kepada anda, mengapa anime Jepun banyak mempengaruhi pop culture dunia masakini.

1. One Piece

one piece anime

Siri One Piece sehingga sekarang masih berjalan. Mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Monkey D.Luffy, kapten kepada sekumpulan lanun yang kelakar dan mempunyai kuasa ajaib. Siri One Piece banyak memberi inspirasi kepada pelukis-pelukis dengan rekaan wataknya yang agak out of ordinary serta jalan cerita yang ‘kelam-kabut’ yang disengajakan.

2. Full Metal Alchemist

full metal alchemist

Siri Full Metal Alchemist membawa inspirasi revolusi industri Eropah dalam rekaannya, di mana dunia pada ketika itu cukup maju dalam bidang sains dan kimia sehinggakan manusia mampu mengawal elemen-elemen bumi dengan menggunakan jari sahaja. Kisah ini banyak bergantung kepada cerita asas watak utama iaitu Edward dan adiknya Elric, dua anak yatim yang berusaha menyelamatkan adiknya selepas tragedi menimpa adiknya dalam usaha menyelamatkan ibunya. Banyak elemen kekeluargaan ditonjolkan dalam siri ini. Filem berdasarkan kisah asal siri ini akan ditayangkan pada 1 Disember 2017.

3. Cowboy Bebop

cowboy bebop

Walaupun hanya mempunyai 25 episod, Cowboy Bebop merupakan legenda kepada industri anime Jepun kerana pengaruh yang dibawa kepada anime-anime dan manga (komik) selepasnya. Siri ini mengisahkan tentang pemburu-pemburu upahan bernama Spike, Jet dan Faye. Gabungan pelbagai genre seperti komedi, penyiasatan, aksi dan thriller membuatkan Cowboy Bebop menjadi pelopor kepada banyak teknik penceritaan menggunakan animasi di Jepun. Selain itu, lagu runut bunyinya juga unik dan mendapat reviu 5/5 daripada laman web Allmusic.

4. Naruto

naruto uchiha sasuke kakashi boruto

Tak sah rasanya artikel ini tanpa menyebut tentang siri Naruto yang diikuti di seluruh dunia. Memang nampak elemen-elemen inspirasi daripada siri legenda Dragon Ball terpapar jelas dalam Naruto, namun lama-kelamaan Naruto mula mencipta identiti sendiri dengan pengenalan pelbagai konflik antara watak-watak dalam siri. Siri ini mengikut kisah Naruto daripada kecil sehinggalah besar. Siri ini kini disambung dalam sekuel kepada Naruto, cuma kisahnya ditukar kepada watak anak kepada Naruto, iaitu Boruto.

5. Macross/Robotech

macross sdf1 robotech

Kanak-kanak generasi 80-an di Malaysia pasti teringat TV3 satu masa dulu pernah menayangkan siri ini di kaca TV. Kisah hidup juruterbang bercinta dengan dua gadis yang tak tahu mana satu patut jadi pilihannya sambil memandu robot jet pejuang yang rekaannya tak pernah lagi nampak outdated sehingga sekarang. Tema yang dibawa dalam filem ini cukup berat sebenarnya dan bukan sekadar kartun biasa, kerana isu yang ditonjolkan banyak berkisar kepada masalah sosial, kasta masyarakat, percintaan antara dua spesis berbeza dan politik dunia.

Itulah 5 siri klasik yang patut jadi perkenalan kepada sesiapa yang cuba hendak berjinak dengan anime atau manga ni. Jika anda ada cadangan lain, seperti biasa, nyatakan dalam ruangan komen.

ps – Kenapa tidak ada Dragon Ball? Kita semua tau Dragon Ball dah terlalu legenda sehinggakan tak perlu lagi dah masuk senarai-senarai sebegini.

kredit:- iluminasi

5 thoughts on “5 Anime Klasik Paling Popular Yang Perlu Anda Tonton”

  1. Ive never read anything like this prior to. So nice to locate somebody with some original thoughts on this topic, really thank you for starting this up. this site is some thing which is required on the internet, somebody having a small originality. valuable job for bringing something new towards the web!

  2. I am frequently to blogging and i truly appreciate your content material. The write-up has actually peaks my interest. I’m going to bookmark your website and maintain checking for new information and facts.

  3. It was amazing reading this article and I think you’re completely correct. Let me know in the event that you are interested in shareit app download, that’s my major competence. I am hoping to check back with you soon, bye for now!

  4. This is a criminal offense versus the Philly cheesesteak. On your own’re extensively misrepresenting the great cheesesteaks that Philly incorporates toward provide. If John’s Roast Pork, Jims and Dallesandros aren’t collaborating then the motive of this competition is mute. This is not in which oneself will flavor the final steaks inside of the town. Vacationer lure.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *