5 Cara Untuk Menghidupkan Smartfon Sekiranya Butang “Power” Rosak

Loading...

5 cara alternatif yang boleh korang cuba untuk menghidupkan fon tanpa menggunakan butang kuasa. Cara ini boleh korang cuba sekiranya butang tersebut rosak.

 

Berikut diantara 5 kaedah yang korang boleh cuba.

1. Gunakan pencungkil gigi atau yang seangkatan dengannya

Teknik ini khusus untuk smartfon korang yang boleh dibuka cover nya… cucuk pada bahagian yg mengelembung pada tombol power, insya allah sekiranya kerosakan hanya pada tombol luar maka fon korang akan dapat dihidupkan kembali…


2. Sambung ke Pengecas

Untuk sesetengah model, ianya akan automatik dihidupkan sekiranya tersambung ke charger… sbg contoh fon Lenovo, Oppo dan beberapa model yg tertentu…


3. Sambung ke Power Bank


Teknik ini ada kaedahnya tersendiri, korang follow step pada video diatas.. namun begitu..cara ini hanya boleh dilakukan pada fon yang boleh dicabut baterinya…

4. Guna Tombol lain Yang ada Pada Fon

cara ini agak sedikit rumit tetapi peratus keberhasilannya agak tinggi.. TG syor kan korang cuba. Ada 2 teknik berbeza bergantung kepada jenis fon..

Teknik 1
Tekan butang volume atas dan bawah secara serentak dan sambung ke PC. Seterusnya tekan butang volume atas dan bawah bersama butang Home secara serentak ketika fon masih lagi berhubung dgn PC, sekiranya berjaya satu paparan menu akan muncul pada  skrin fon yg dipanggil boot menu.. guna butang volume untuk pilih fungsi restart fon.
 
Teknik 2
Untuk fon yang tiada butang Home, korang hanya perlu menekan butang volume sahaja…  iaitu dengan menekan butang volume bawah sambil fon dihubung ke PC. Kemudian tekan dan tahan butang volume sehingga keluar paparan menu boot pada skrin fon.. seterusnya pilih menu restart fon pada menu tersebut… pilihan boleh dibuat dengan menekan butang volume atas atau bawah…

5. Khusus untuk Smartfon Samsung Sahaja (Tidak Semua)

Cas kan fon sedikit, kemudian cabut kabel pengecas.. dengan cara ini fon samsung korang akan secara otomatik dihidupkan

Itulah diantara 5 kaedah yang korang boleh cuba…  selamat mencuba… jgn lupa share ye.. tq

Loading...

Leave a Reply