5 Pemimpin Yang Didakwa Paling Korup di Dunia

milo3 span

Kuasa memang mampu membuat sesiapa saja lupa diri.

Amanah yang diberikan lama kelamaan mampu membuatkan seseorang itu akan mengambil tindakan bagi mengkayakan diri sendiri, seterusnya mengambil pelbagai langkah untuk mempertahankan kuasa. Walaupun begitu, siapakah antara pemimpin paling korup di dunia setakat ini?

Berikut adalah 5 pemimpin dunia yang memimpin kerajaan dan disahkan sebagai antara pemimpin yang paling korup.

1. Ferdinand Marcos

maxresdefault 583

Dalam era pemerintahan panjangnya di Filipina dari tahun 1965 sehinggalah beliau dijatuhkan melalui revolusi pada tahun 1986, kerajaan Filipina menanggung pelbagai jenis hutang negara yang meningkat, ditambah lagi dengan penyelewengan dana kerajaan oleh beliau, melalui pemindahan dana ke akaun peribadi menggunakan bank-bank luar negara.

Menggunakan pelbagai muslihat untuk menjana pendapatan peribadi bagi mengkayakan dirinya serta kroni, dianggarkan Filipina kerugian hampir RM44 billion semasa pemerintahannya. Selepas Ferdinand meninggal dunia di Hawaii semasa hidup dalam buangan, hanya suku daripada jumlah terkumpul yang berjaya diambil semula.

2. Slobodan Milosevic

milosevic 1905734a

Slobodan menjadi Presiden Serbia bermula pada tahun 1989 dan diangkat menjadi Presiden Yugoslavia pada 1997. Sepanjang pemerintahannya, beliau bukan sekadar mengamalkan dasar mengkayakan diri sendiri, malahan dituduh sebagai bertanggungjawab ke atas pembersihan etnik Albania di Kosovo pada tahun 1999.

Human Rights Watch menyifatkan tindakan yang diambil ke atas Slobodan yang banyak berasaskan kes korupsi beliau saja tidak memadai kerana jenayah sebenarnya lebih besar daripada itu. Slobodan dibicarakan atas tuduhan menyalah guna hampir RM10 billion dana kerajaan dan juga atas tuduhan pembunuhan ke atas etnik Albania. Namun pada 2006, Slobodan meninggal ketika perbicaraan masih berlangsung dalam penjara tahanan tribunal jenayah perang PBB di The Hague, Belanda.

3. Alberto Fujimori

noticia 13972 alberto fujimori noticia 741780

Dilantik menjadi Presiden ke 62 Peru, Alberto memegang tampuk daripada tahun 1990 sehinggalah tahun 2000. Alberto adalah warganegara Peru yang berketurunan Jepun dan beliau melarikan diri ke Jepun, selepas desas desus salah guna kuasa beliau mula tersebar. Dia hidup dalam buangan sebelum ditangkap di Chile pada 2005 sebelum dihantar semula ke Peru pada 2007.

Fujimori akhirnya didapati bersalah dalam tuduhan salah guna kuasa, membunuh musuh kerajaan menggunakan kumpulan pembunuh Grupo Colina dan menyeleweng dana kerajaan melalui korupsi kepada pihak-pihak tertentu. Pada tahun 2012, keluarga Fujimori meminta pengampunan daripada pihak kerajaan Peru atas dasar kesihatan beliau semakin teruk selepas diserang kanser lidah namun beliau masih lagi meringkuk di penjara sehingga ke hari ini.

4. Joseph Estrada

erapprofile

Walaupun hanya memerintah Filipina selama 3 tahun dari 1998 ke 2001, pemerintahan Joseph banyak kisahnya. Perbuatan korupnya mula timbula selepas rakan baiknya mendedahkan Joseph menerima wang suapan daripada aktiviti perjudian. Selepas pendedahan itu, muncul pelbagai lagi pendedahan lain sehingga menyebabkan Joseph menjadi pemimpin pertama Filipina terpaksa melalui perbicaraan ketika masih bergelar Presiden.

Joseph memulakan kariernya sebagai seorang bintang filem dalam beratus filem serta menjadi model semenjak berumur 13 tahun. Kemudian dilantik sebagai Datuk Bandar bagi daerah San Juan. Beliau didapati bersalah atas tuduhan menyeleweng hampir RM350 juta dana kerajaan semasa pemerintahan singkatnya dan dihukum penjara seumur hidup pada 2007. Walaupun begitu, semasa pemerintahan Gloria Macapagal Arroyo yang pernah menjadi Timbalan Presiden semasa era pemerintahan Joseph, Joseph diberikan pengampunan dan Joseph kembali dalam politik pada tahun 2013 selepas memenangi pilihanraya Datuk Bandar Manila. Power kan?

5. Muhammad Suharto

suharto 1562565c

Muhammad Suharto menjadi Presiden kedua Indonesia pada 1967 sehinggalah beliau berhenti pada 1998. Naik menjadi Presiden dengan cara keganasan melalui rampasan kuasa bertentera, kedudukan Suharto dalam politik Indonesia mempunyai banyak kontroversi apatah lagi dia dikaitkan dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai di Indonesia pada tahun 1965 hingga 1966, yang berjaya mewujudkan “Orde Baru” di Indonesia.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Sukarno yang melantik Suharto sebagai pemerintah tentera, Suharto menggunakan strategi licik untuk menjatuhkan Sukarno dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai pengganti Sukarno. Dianggarkan nilai harta keluarga Suharto terkumpul semasa memerintah hampir RM70 billion.

Pada tahun 2000, Suharto dikenakan hukuman tahanan dalam rumah atas tuduhan menyalah guna dana kerajaan untuk kepentingan keluarga sendiri namun Doktor menyifatkan Suharto tidak mampu menghadiri perbicaraan atas faktor kesihatan. Suharto meinggal pada 27 Januari 2008 selepas keluarganya memutuskan untuk memberhentikan mesin sokongan nyawa beliau yang terpaksa digunakan, atas faktor kesihatannya yang semakin teruk.

28 thoughts on “5 Pemimpin Yang Didakwa Paling Korup di Dunia”

  1. I just couldn’t depart your web site before suggesting that I actually enjoyed the standard info a person provide for your visitors? Is gonna be back often in order to check up on new posts

  2. I’m really curious to understand which website platform you are working with? I am experiencing a few small safety challenges with our latest site regarding facetime android so I’d like to find a thing more risk-free. Are there any solutions?

  3. Thanks a ton for discussing this, I bookmarked this web page. I am also in search of tips regarding email password recovery, do you know exactly where I could find a thing like that? I will come back quickly!

  4. Hello just wanted to give you a brief heads up and let you know a few of the images aren’t loading correctly. I’m not sure why but I think its a linking issue. I’ve tried it in two different web browsers and both show the same results.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *