500 bantal berwajah Fattah Amin diedar percuma

Loading...

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Sebanyak 500 bantal bersaiz kecil dengan wajah duta tilam King Koil, Fattah Amin akan diberikan secara percuma bagi setiap pembelian koleksi tilam Prince.

Fattah Amin yang juga merupakan selebriti tempatan telah dilantik sebagai duta baharu jenama tilam itu bagi meningkatkan jumlah penjualan tilam tersebut pada tahun ini.

Pengurus Besar Kanan King Koil Bedding (Malaysia) Sdn Bhd, Cheng Kai Hin berkata, antara ciri terbaharu yang terdapat pada koleksi tilam Prince adalah sistem Tri-Zone yang memberi sokongan kepada tulang belakang.

Katanya, sistem Tri-Zone itu akan menyediakan sokongan pada bahagian atas badan, bahu dan leher di bahagian zon pertama manakala zon kedua memberi sokongan pada bahagian tulang belakang.

“Selain itu, zon ketiga yang memberi sokongan pada bahagian kaki turut akan menambah keselesaan kepada pengguna, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

kredit:- UTUsAn ONLINE

 

Loading...