Abam Bocey nikah

Loading...

PELAWAK terkenal, Abam Bocey bakal menamatkan zaman solonya pada hari esok.

Majlis akad nikah akan diadakan pada jam 4 petang di Masjid Jamek Sultan Hishamuddun, Sabak Bernam.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan memilih Siti Norhidayah Mohd Ali sebagai suri hatinya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 9 Disember di kediaman Siti Norhidayah.

Sebelum ini, Abam memberitahu, hanya Siti Norhidayah yang mampu membuka pintu hatinya untuk bercinta.

Dengan pernikahan Abam ini, melengkapkan kesemua ahli kumpulan Bocey yang mendirikan rumah tangga.

Memetik portal Astro Gempak, Abam berkata, dia tidak gementar tetapi perasaannya ketika ini lebih kepada tidak sangka masih ada wanita yang sudi menerima dirinya seadanya.

“Ramai orang tanya samada saya sudah bersedia menjadi suami atau gementar menanti hari bahagia, tetapi sebenarnya perasaan ini lebih kepada tidak sangka ada juga wanita sudi menjadi surihati saya.

“Saya dan Hidayah mula berkawan sejak 2009, sebelum saya melangkah kaki ke Raja Lawak 6 lagi. Hubungan kami pernah putus sekejap.

“Tapi kalau dah jodoh, macam mana pun akan bertaut juga,” katanya.

Tambah Abam, dia telah menghantar rombongan merisik kepada Hidayah pada bulan September baru-baru ini.

“Bukan berniat untuk merahsiakan perkara tersebut, tetapi saya tidak mahu ‘kecoh’ dahulu kerana bimbang tidak jadi.

“Untuk majlis pertunangan pula, kami akan bertunang pada 8 Disember pada sebelah pagi sebelum majlis pernikahan berlangsung,” katanya.

Bercakap mengenai majlis perkahwinan dia dan Hidayah, Abam berkata, majlis pernikahannya akan diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sabak Bernam.

kredit:- SH

Loading...