Aksi Panas Penari Hindustan Goda Lelaki Dikecam Netizen

Loading...

Melampau sungguh! Kecoh di media sosial viral sebuah video ‘wanita’ yang berpakaian lengkap ala Hindustan yang sedang menari mengikut rentak lagu Devdas dalam satu majlis makan malam yang bertemakan Bollywood.

Menurut laporan dari Media Hiburan, keadaan lebih hangat apabila ‘wanita’ tersebut menarik tangan salah seorang lelaki yang menghadiri majlis tersebut.

Keadaan menjadi lebih panas apabila tarian menggoda ‘gadis’ tersebut apabila penari tersebut bertindak duduk diatas paha lelaki tersebut dan merapatkan badannya.

Lelaki tersebut tidak melepas peluang keemasan tersebut dan pantas merangkul pinggang penari itu dan penari tersebut mengambil tangan lelaki tersebut dan meletakkan di bahagian dadanya.

Tindakan itu telah mengakibatkan suasana di majlis tersebut menjadi riuh dan ada yang menjerit serta ketawa melihat aksi ‘panas’ tersebut.

Lelaki tersebut yang terkejut menjadi malu apabila terus ‘digoda’ oleh penari berkenaan. Malah ‘gadis’ tersebut turut memberi satu ciuman di pipi lelaki berkenaan sebagai tanda terima kasih.

Walaupun video tersebut agak kurang jelas tetapi rata-rata netizen mengagak ‘wanita’ tersebut adalah jutawan kosmetik yang penuh kontroversi. Rata-rata netizen menyatakan rasa tidak selesa dengan aksi penari berkenaan.

Malah ramai netizen amat yakin penari tersebut adalah jutawan kosmetik kerana ada satu status yang sama di laman akaun Instagramnya memberitahu bahawa dia sedang sibuk menghafal step tarian lagu yang sama.

Ini video penuh yang menjadi viral di media sosial.


Sumber : Kaki Share

 

Loading...

Leave a Reply