Amaran Hujan Sangat Lebat Kategori Bahaya Di Kelantan Dan Terengganu Dalam Tempoh 3 Hari

Loading...

Malaysian Meteorological Department hari ini mengeluarkan satu amaran hujan lebat yang diramalkan melanda pantai timur negara ini.

Dalam satu ramalan amaran cuaca bahaya yang dimuat naik ke laman Facebook Met Malaysia berkata,  negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang dijangka akan berlaku hujan lebat yang berpanjangan.

Dalam pada itu, amaran hujan peringkat merah dijangka akan berlaku dibeberapa daerah di negeri Kelantan dan Terengganu di mana amaran itu untuk tempoh 3 hari iaitu sehingga 30 November ini.

Berikut pecahan-pecahan amaran yang telah dikeluarkan oleh Met Malaysia.

AMARAN CUACA (BAHAYA)
SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) – Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada 1:30 tengah hari 28 November 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan & Maran), Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Khamis, 30 November 2017.

Sumber – Malaysian Meteorological Department

kredit:- siakapkeli

Loading...