Artikel Saya Tentang Rumah Moden Tiada Bumbung Rugikan Pembeli, Ramai Pemaju Perumahan Mula Terasa

Baru-baru ini kecoh mengenai reka bentuk bumbung rumah pendek yang dikatakan akan merugikan pembeli. Reka bentuk yang modern dan cantik sudah pasti menjadi tarikan utama namun bagaimana dengan fungsi rumah tersebut setelah tamat jaminan.

Sedikit perkongsian daripada Dr. Azizul Azli Ahmad ini mendapat perhatian bukan sahaja daripada netizen malah pemaju perumahan itu sendiri. Akan tetapi perkongsian ini tidak digemari oleh pemaju perumahan.

Kebenaran itu memang kadang kala menyakitkan, tapi inilah tugas orang yang mempunyai ilmu dalam bidang ini untuk membantu masyarakat.

“Bila tulisan saya “Kenapa Bumbung Rumah Pendek? ” menjadi viral. Ramai yang mula terasa terutama pemaju perumahan. Sehingga ada yang sangat marah hingga nak ambil tindakan undang undang dan ada yang membela tindakan pemaju ini.” 

“Yang paling menyedihkan yang membela pemaju ini orang yang sekolah tinggi, bijak pandai dan seharusnya berkongsi ilmu dengan masyarakat miskin seperti kita semua.”

“Baiklah, biar kami ini kekal bodoh dan jangan pandai sampai bila bila. Maklumlah kita orang nie tak hensem,” katanya diruangan Facebook berserta beberapa gambar pebualan dengan seorang pemaju perumahan.

“Client saya terkesan dengan posting doktor menyebabkan sedikit konflik antara saya, tuan rumah dan pelukis plan,”

“Betul posting doktor viral dan doktor sendiri memang hebat. Posting tuan ibarat mengeruhkan keadaan. Kasihan developer besar-besar. Saya yang kecil ini pun jadi pening. Plan dan siap print out,” kata individu tersebut.

Namun, jawapan yang diberikan Dr. Azizul Azli Ahmad amat mendalam dan menusuk kalbu. Beliau juga menyatakan  hanya berkongsi ilmu pada orang ramai agar tidak terperdaya dengan rekabentuk rumah yang moden tetapi merugikan.

“Saya menulis agar semua orang jadi bijak pandai, bukan dibiarkan ditipu dengan design yang moden dan cantik. Kos print kembali drawing tidak sampai RM52,000 sebagaimana pembeli terpaksa buat bumbung baru kesan haba, kebocoran, kulat, hujan lebat dan angin kuat,” balasnya.

Lihatlah, pemaju perumahan sebenarnya tidak mementingkan keselesaan anda. Mereka hanya memikirkan keuntungan yang bakal dikaut.

Sedikit sebanyak yang dikongsikan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad ini dapat membantu golongan anak muda untuk membuat pilihan dalam membeli rumah pada masa akan datang.

Sumber-Azizul Azli Ahmad

1 thought on “Artikel Saya Tentang Rumah Moden Tiada Bumbung Rugikan Pembeli, Ramai Pemaju Perumahan Mula Terasa”

  1. “We ended up trying everything which include this would materialize! Again in just 2007 Pendleton was less than the radar, nonetheless the match for Sugarcube® and our client was plain. Bringing Pendleton in the direction of the Philadelphia area was our major mission as we noticed the fundamental revolutionary mother nature of the business enterprise and the perseverance in the direction of American history, in direction of The us’s ‘primary collaboration’ with Indigenous American tribes. People main elements assist gas Pendleton as a sought at the time brand name, as an American manufacturer equally reliable and trustworthy. –Innumerable companies at this time collaborate still absolutely they did it initially as a business office fashion!And already…The Portland Variety, Pendleton’s present day line! We believe of it as Neo Navajo, a modern day adaptation of their common collaborative material styles. The Portland Choice very easily rocks!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *