[video goal ] B-18 AFF: Malaysia seri dengan Thailand, teratas Kumpulan A

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) melangkah ke separuh akhir Kejuaraan B-18 AFF 2017 selaku juara Kumpulan A apabila terikat 1-1 dengan Thailand di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berkongsi 13 mata bersama Thailand di tangga kedua.

Lawan skuad negara di separuh akhir nanti adalah naib juara Kumpulan B, sama ada Vietnam, Myanmar atau Indonesia yang akan mengharungi satu lagi perlawanan peringkat kumpulan, esok.

Malaysia mempamerkan aksi cemerlang selepas meraih empat kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini, termasuk menewaskan Laos 4-1, Singapura (3-1), Timor Leste (3-0) dan Kemboja (2-0).

Pada aksi petang tadi, kedua-dua pasukan yang sudah mengesahkan tempat di separuh akhir tampak menampilkan permainan berhati-hati dengan tidak banyak melakukan percubaan berbahaya pada babak pertama.

Anak buah Hodak terpaksa menunggu hingga minit ke-49 untuk berada di depan selepas hantaran Muhammad Nurfais Johari disudahkan dengan rembatan menarik Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Sepuluh minit kemudian, Nik Akif berpeluang menggandakan jaringan tetapi rembatannya dari dalam kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Thailand.

Impian skuad negara untuk meneruskan rentak kemenangan musnah menerusi jaringan penyamaan daripada kapten Thailand, Kritsada Kaman yang menyudahkan bola sepakan percuma Jaturapat Sattham pada minit ke-63.

saksikan gol di bawah

sumber:- BH

3 thoughts on “[video goal ] B-18 AFF: Malaysia seri dengan Thailand, teratas Kumpulan A”

  1. Do you have a spam problem on this website; I also am a blogger, and I was wanting to know your situation; we have created some nice practices and we are looking to trade techniques with others, please shoot me an e-mail if interested.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *