Barisan pemain Kelantan 2018 yang di sahkan

Loading...

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mempertaruhkan barisan pemain muda dalam skuad The Red Warriors (TRW) pada saingan Liga Super 2018.

Dalam skuad itu, KAFA turut mengesahkan hanya 20 peratus pemain senior dikekalkan bagi membantu barisan muda termasuk dari skuad Piala Presiden.

Antara barisan pemain muda yang bakal memperkuatkan pasukan itu pada musim depan ialah Fakrul Zaman Abdullah Zawawi; Mohd Nasrihan Rosid; Shafiq Rahman; Azwan Aripin; Mohd Fadhilah; Faris Shah Rosli; Mohd Ramadhan Abdul Hamid; Mohd Shahrul Akim dan Mohd Amir Zikri.

Lima pemain Piala Presiden yang diangkat beraksi bersama pasukan senior ialah Mohd Daniel Asyraf Abdullah; Nik Azli Nik Alias; Mohd Imran Samso; Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhd Saiful Alias.

Pemain senior yang dikekalkan KAFA ialah Khairul Fahmi Che Mat; Nik Shahrul Azim Abdul Halim; Faizol Nazlin Sayuti dan Mohd Rozaimi Azwar.

Sementara itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, senarai pemain yang diumumkan itu adalah sebagai persiapan awal pasukan dan latihan pertama akan bermula pada 20 November.

Bagaimanapun, bagi pemain baharu termasuk import yang bakal dibawa masuk, Bibi berkata, pihaknya masih lagi dalam proses rundingan.

“Pemain yang diumumkan (hari ini) termasuk empat pemain senior adalah pemain yang masih mempunyai baki kontrak dan bersetuju meneruskan khidmat bersama TRW.

“Manakala bagi nama-nama yang tidak disebut, ada antaranya sudah dilepaskan untuk beraksi dengan pasukan baharu… bagaimanapun masih ada pemain senior yang sedang dalam rundingan seperti Mohd Badhri Radzi, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahyuddin,” katanya yang turut mengekalkan Santhit Bensoh sebagai Pemangku Jurulatih TRW.

sumber:- BH

Loading...