Bengah Sunting ‘Cik Bunge’

Loading...

PETALING JAYA: Seorang abang yang kisahnya bersama adik istimewa sering mendapat perhatian ramai telah mengakhiri zaman bujang selepas sah bergelar suami pada Ahad.

Kisah Bengah atau ‘Abang Yang Penyayang’ bersama adiknya, Afiatul yang mengalami sindrom down menjadi tular menerusi video dan gambar yang dimuat naik di laman sosial, kadang-kadang mencuit hati, malah ada juga menyentuh emosi.

Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 30, diijabkabulkan dengan Nur Mahfuzah Zulkifli, 28, dengan sekali lafaz.


Bengah sebelum majlis pernikahan di Masjid Zahir, Alor Setar pada pagi Ahad. Foto ihsan Bengah

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar di Kedah pada kira-kira 10.30 pagi, manakala majlis persandingan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Jalan Yan, Teluk Kechai di Kuala Kedah pada tengah hari.

Penerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) ini menyerahkan mas kahwin RM80 dengan wang hantaran RM10,000 serta sebentuk cincin dan seutas gelang tangan emas.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/03/abang-penyayang-nikah/~/media/3c540520ddf8415f9b4ddd5f29dbc26d.ashx?la=en


Kasih seorang abang dan adik.

Bercakap kepada mStar Online, Bengah menyuarakan rasa syukurnya apabila bergelar suami kepada Nur Mahfuzah selepas setahun pasangan itu menyulam cinta.

“Alhamdulillah, kami sudah bergelar suami isteri yang sah. Yang paling gembira sudah tentu Afiatul, dari tadi ceria mengikut saya.

“Walaupun telah bergelar suami, sayang saya pada Afiatul tetap kuat,” katanya mengenai Afiatul atau nama sebenarnya Afiatul Salsabiila Mohd Noor, 19.

Nur Mahfuzah atau dikenali sebagai Cik Bunge di laman sosial bukan sesuatu yang asing buat pengikut Bengah dan Afiatul kerana dia sering muncul bersama dalam video dan gambar dua beradik itu.


Bengah, Afiatur dan Cik Bunge sering muncul bersama di laman sosial.

Menerusi dua gambar yang dimuat naik di akaun Instagram Bengah sebaik selesai majlis pernikahan, abang penyayang itu mengucapkan kesyukuran diberi peluang untuk bertenang dengan sekali lafas.

“Seribu perasaan gugup, takut, risau, sayu, pilu, huhu… Allah bagi peluang untuk aku bertenang untuk ucapkan satu lafaz sahaja maka… kesayangan Bengah dan seluruh alam ni nampak akad nikah tadi sah sudahnya Cik Bunge menjadi isteri kepada Abang Yang Penyayang.

“Adik… abang akan selamanya pikul tanggungjawab jaga adik selamanya… ramai sayang adik. Masjid sayang adik, burung burung sayang adik, kereta Myvi baru sayang adik,” katanya sambil berterima kasih di atas sokongan dan doa netizen.

sumber:- mstar

Loading...