Bini Dibelasah Suami Setiap Kali Dapat Like Dalam FB (video)

Loading...

INI memang suami durjana. Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap kali wanita itu mendapat `like’ dalam Facebook. Pedro sangat cemburu hingga sanggup memukul dan membelasah isterinya Adolfina Camelli Ortigoza.

Perbuatan Pedro itu telah mengakibatkan Adolfina terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula wajahnya.

Wanita itu juga dikurung dalam rumah tanpa kerelaannya di Uruguay serta sering dipukul oleh suaminya.

Apabila polis akhirnya menghidu perbuatan lelaki itu, Adolfina sudahpun didera dengan teruk terutama di bahagian muka.

Semalam, peguam wanita itu memaklumkan bagaimana Pedro akan menjadi ganas apabila melihat sesiapa sahaja `like’ pada gambar yang dimuat naik ke dalam Facebook oleh isterinya.

Malah jika ada rakan-rakannya yang memberi komen dalam Facebook Adolfina, maka dia akan mengambil alih Facebook isterinya itu.

Rakan-rakan Adolfina tidak mengetahui apa yang berlaku kepada wanita berkenaan.

“Mulutnya pecah,dia mengalami `kerosakan’ yang teruk disebabkan pukulan itu. Lelaki itu mengawal semua akaun media sosial isterinya.

“Hanya gigi Adolfina tidak patah kerana lelaki itu akan memasukkan kain ke dalam mulut isterinya supaya dia tidak boleh menjerit ketika dibelasah,” kata peguam Adolfina.

Penderitaan Adolfina akhirnya berakhir apabila bapa mertuanya melaporkan kepada polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh anaknya terhadap menantunya itu.

Bapa mertuanya bimbang Adolfina akan meninggal dunia selepas dia melihat wanita itu dipukul oleh anaknya.

 

Pedro bagaimanapun telah ditangkap .

kredit:-MYNEWSHUB.CC

Loading...