‘Black Widow’ dihukum mati , bolot dan bunuh ramai kekasih

Loading...

TOKYO: Sebuah mahkamah Jepun hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas jutawan wanita yang digelar ‘Black Widow’ selepas memperdaya beberapa orang teman lelakinya untuk meminum racun sianida bagi mendapatkan wang insuran dan harta warisan.

Chisako Kakehi, 70, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Kyoto selepas didapati bersalah membunuh tiga lelaki, termasuk suaminya dan cubaan membunuh seorang lagi mangsa.

“Tertuduh membuat mangsanya meminum sebatian sianida dengan niat membunuh dalam semua empat kes,” kata Hakim Ayako Nakagawa.

Nakagawa turut menolak bantahan peguam bela bahawa Kakehi tidak bersalah kerana dia menderita penyakit demensia.

Pendakwa raya berkata, dia membunuh semua lelaki itu selepas mereka menjadikannya pewaris polisi insuran nyawa bernilai berjuta-juta dolar.

Dia dilaporkan mengumpulkan satu bilion yen (RM37 juta) sepanjang 10 tahun, namun kehilangan sebahagian besar kekayaan itu akibat perdagangan kewangan yang tidak berjaya. – AFP

Loading...