Bukti TMJ Sentiasa Maju Kehadapan

Loading...

Semenjak DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR  memegang pasukan Johor Darul Takzim, Pelbagai Kejayaan telah JDT kecapi. Memang tidak dapat dinafikan lagi pasukan JDT mendahului pasukan lain dalam pelbagai aspek, kejayaan mahupun fasiliti.

Tengok sajalah dalam beberapa tahun ini nama JDT melonjak sehingga di kenali seluruh dunia, Dengan kemudahan yang lengkap ala kelab liga Perdana Inggeris, JDT sememangnya boleh bebangga dengan pencapaian ini. Penulis bukan nya penyokong JDT tapi turut rasa bangga dengan pencapaian JDT.

Terbaru di page rasmi JOHOR Southern Tigers , TMJ dikatakan telah mempunyai perancangan yang cukup lengkap bagi mengharungi musim 2018, malahan telah mempunyai perancangan untuk 2019. Berikut merupakan petikan post tersebut:

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KADANGKALA TERLAMPAU CEPAT. BAGINDA SUDAH BERSEDIA DENGAN PERANCANGAN KELAB UNTUK MUSIM 2019/2020

Ketika kami mengadakan mesyuarat bersama DYAM Tunku Mahkota Johor dua hari lepas berkenaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), berkenaan pembangunan akar umbi dan lain-lain, baginda telah mengeluarkan satu senarai para pemain yang telah disahkan untuk musim 2018 dan senarai rekaan jersi musim hadapan.

Ketika kami memerhatikan senarai tersebut, tiba-tiba baginda mengeluarkan satu lagi senarai pemain yang akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan JDT pada musim 2019 dan senarai bajet serta rekaan jersi yang sudah lengkap untuk musim 2019.

Saya terfikir, ketika pasukan lawan kami sedang merancang untuk mengharungi musim hadapan, ‘Bos’ saya sudah sibuk dengan perancangan baginda untuk tahun 2019 dan 2020. Bukan mudah sebenarnya untuk mengikut rentak dan momentum DYAM Tunku Mahkota Johor, tetapi inilah salah satu faktor kejayaan JDT.

Ini juga adalah disebabkan baginda sentiasa berfikir dan melangkah jauh kehadapan berbanding para pesaing kami. Oleh itu, kami yang berada di dalam kelab ini perlu mengikut momentum dan falsafah baginda untuk terus mencipta kejayaan dan sejarah.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

 

Hidup Johor Demi Johor

Sebagai Rakyat Malaysia yang bukan penyokong JDT, Penulis sangat berbangga dengan pencapaian pasukan JDT. Akhir Kata Teruskan Mencipta sejarah, usah di hiraukan haters-haters sekalian.

– Bukan Fans JDT

kredit:- Johor Southern Tigers

Loading...