Caprice Tampil Lagi, Mia Sara Hanya Anak Kecil

Loading...

PENYANYI rapper, Caprice kini lebih dikenali di laman Isntagram miliknya kerana dia sering memberi pesanan kepada para peminatnya menerusi video yang sedang tular di media sosial.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, juga merupakan pengasas aplikasi Mengaji.com yang telah dilancarkan pada bulan Mei lalu.

Semalam, Caprice telah membela pelakon cilik, Mia Sara Nasuha apabila dia telah dihentam oleh netizen kerana penampilannya yang agak tidak sesuai ketika majlis Festival Filem Malaysia Ke 29 pada .

Sebelum ini Mia telah dikritik hebat oleh ‘pengkritik fesyen’ iaitu netizen lah siapa lagi yang suka sangat kritik semua benda. Kononnya tudung yang digayakan Mia pendek dan menujukkan bahagian dadanya.

Ya, memang lah tak tutup dada. Tapi Mia tu kan budak lagi? Netizen ni kalau bab nak kritik, bagi saja lah pada mereka yang mulut joyah dan ‘ustaz ustazah’ instant ni semua.

Tak cukup dengan tudung Mia, baju yang digayakan pun turut dikritik. Ketat kata mereka. Amboi, cakap macam tengok depan mata pulak yang Mia tu pakai baju ketat.

Ayah Mia sendiri, Muhammad Ridhuan telah membuat permohonan maaf kerana ‘kesilapan’ anaknya itu.

“Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu.

“Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas,”katanya dipetik daripada mStar Online.

Namun, bagi Caprice, tindakan netizen itu sangat melampau dan keterlaluan! Malah Mia juga tidak sepatutnya dikecam kerana pakaian dan tudungnya itu.

Kata Caprice, selebriti sememangnya tidak boleh memilih apa yang ingin mereka gayaakan dan pihak management serta pereka fesyen selebriti tersebut perlu lebih peka mengenai hal tersebut.

“Pasti semua orang ada gambar yang memalukan ketika di zaman kanak-kanak. Tetapi di media sosial, orang ramai telah salah kritik.

“Namaknya Mia membesar dengan matang sekali apabila orang dewasa cuba untuk mengkritik dirinya,” kata Caprice di dalam video tersebut.

Selepas video itu dimuat naik, ramai netizen memuji tindakan Caprice yang bersuara ketika ramai mengkritik Mia yang hanya berusia 11 tahun itu.

Maklumlah, semua kanak-kanak pasti nak rasa jadi princess kan. Mungkin malam itu Mia dapat rasakan dirinya bagaikan puteri kayangan.

Lagipun tak salah rasanya kalau Mia nak bergaya. Usianya masih mentah lagi dan pastinya dia masih perlukan tunjuk ajar daripada orang dewasa.

Malah, individu yang berpemikiran seperti Caprice ini sangat diperlukan buat masa ini. Agar semua joyah dapat dikurangkan. Biar ramai sikit yang ada sikap positif.

Kalau orang dewasa pun dah kritik dia, macam mana dia nak jadi muslimah yang terbaik? Sepatutnya kita sebagai orang yang lebih dewasa perlu menasihati atau membimbing.

Bukannya lagi menjatuhkan hingga memalukan kanak-kanak seperti Mia. Jangan asyik nak cari salah orang lain, sampaikan salah sendiri yang dah terlopong pun tak sempat nak tutup lagi.

sumber– MYNEWSHUB.CC 

Loading...