Cara Elak Kereta Berbahang Semasa Parkir Pada Cuaca Panas Terik

Tiada siapa yang sukakan suasana panas ketika memasuki ke dalam kenderaan mereka, lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari.

Suasana yang tidak selesa sampaikan mahu duduk pun sudah terasa azabnya, apatah lagi mahu memegang steering dan memandu kereta. Ramai di antara kita akan membuka tingkap kenderaan dan memasang air-cond sekuat mungkin bagi mengurangkan bahang yang terasa.

Tetapi apa yang ramai tidak tahu bahawa terdapat suatu cara untuk mengelakkan kereta berbahang semasa parking pada cuaca panas terik. Tidak susah mana pun, cuma perlu menekan satu butang sahaja,

Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

Sekiranya anda mahu meletakkan kereta anda di kawasan tidak berbumbung ketika cuaca panas, jangan ditutup flap air cond itu, sebaliknya, biarkan sahaja ianya terbuka. Tujuannya untuk menggalakkan ventilation agar udara panas tidak terperap dalam kereta agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Jadi tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *