Chamberlain sarung jersi Liverpool

Loading...

LONDON: Liverpool bersetuju menandatangani pemain kebangsaan England, Alex Oxlade-Chamberlain dari kelab pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dengan yuran perpindahan sekitar 40 juta pound (RM220.73 juta), menurut media Britain.

Minggu lalu, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger ingin melihat pemain berusia 24 tahun itu yang turut mendapat minat Chelsea untuk kekal di Emirates.

Bagaimanapun, Chamberlain dipercayai sudah membuat keputusan untuk melangkah ke Liverpool yang menewaskan Arsenal 4-0, dalam saingan EPL, minggu lalu.

Kehadirannya di Anfield menjadikan Chamberlain pemain kedua paling mahal dibeli Liverpool selepas pemain kebangsaan Guinea, Naby Keita, yang menyertai kelab itu dari kelab Jerman, RB Leipzig, dengan nilai 48 juta pound (RM264.88 juta).

Chamberlain sudah melakukan 130 penampilan bersama Arsenal dalam kempen EPL sejak 2011.

Dia boleh bermain di posisi tengah dan kedua-dua bahagian sayap dengan kemampuannya bermain di pelbagai posisi menjadi satu daripada sebab pengurus Liverpool, Juergen Klopp ingin membawanya ke Anfield. – Reuters

Loading...

Leave a Reply