“Cukup-Cukuplah” – Hafiz Hamidun

Loading...

PENYANYI Hafiz Hamidun tidak enggan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembubaran perkahwinannya dengan pengusaha kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa.

Menurut Hafiz, 33, isu tersebut kini sudah menjadi kes mahkamah dan dia tidak mahu mengganggu proses yang sedang berlangsung.

“Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim.

“Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati,” katanya kepada mStar Online.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum ini menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu dan sebutan semula kes bersambung pada 9 November depan.

Kes permohonan Faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz disebut semula pada 9 November depan.

Hafiz turut diminta mengulas mengenai kenyataan Joy Revfa yang mengatakan dirinya tergesa-gesa ingin berkahwin seperti dilaporkan mStar Online pada 16 September lalu.

Menjawab tentang hal itu, Penyanyi lagu Kasih Padamu ini menafikan dakwaan Joy Revfa dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

“Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini.

“Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini.

“Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!,” katanya.

 

 

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Dalam menghadapi kemelut rumah tangga ini, Hafiz menjelaskan dia tidak pernah rasa tertekan dengan apa yang berlaku.

Ujarnya, dia banyak meminta pandangan keluarga serta teman-teman rapat dan tidak mahu emosi mengganggu aktiviti hariannya.

“Saya banyak bersembang dengan orang sekeliling dan minta pandangan mereka, tak perlu nak stress atau tertekan kerana setiap masalah ada jalannya.

“Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka.

“Malah, kawan-kawan pun tak pernah bertanya tentang isu ini sehingga saya pula yang rasa pelik, mungkin mereka rasakan isu ini agak sensitif sehingga tak berani nak bertanya,” ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Hafiz sedang menyiapkan beberapa buah lagu untuk penyanyi lain antaranya kumpulan nasyid Mirwana, Haqiem Rusli dan Liza Hanim.

sumber:- mstar

Loading...