Datuk Yusof Haslam Usik Lofa Fasal Fattah

Loading...

Kecoh sungguh episod MeleTOP semalam. Ini semua gara-gara kehadiran pengarah muda berbakat iaitu Syafiq Yusof dan Datuk Yusof Haslam hadir dalam episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP bagi mempromosikan filem yang sedang mendapat sambutan luar biasa itu bersama Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar.

Ketika ingin memaklumkan filem terbaru Skop Productions, pertama kali melihat Datuk Yusof berjenaka dan tidak serius seperti biasa.

“Kita ada lagi dua filem iaitu KL Special Force lakonan Rosyam Nor Dan Fattah Amin dan Munafik 2,” ujar Datuk Yusof berseloroh menyebut nama Fattah Amin di depan Neelofa mencetuskan gelak tawa di studio MeleTOP.

Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat Datuk Yusof menyakat Neelofa dan diselangi gelak Nabil Ahmad.

Malah, ada juga yang mengulang tayang lebih daripada tiga kali untuk melihat Neelofa disakat dengan pandangan mata Datuk Yusof Haslam ketika menyebut nama Fattah Amin.

Dalam pada itu, tahniah juga diucapkan buat produksi filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya meraih kutipan RM5 Juta hanya dalam masa lima hari pertama ditayangkan 24 Ogos lalu.

Lebih menarik, filem ini berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama carta mingguan filem di Malaysia meskipun terpaksa berhadapan dengan filem-filem antarabangsa hebat yang lain.

Ini sekaligus membuktikan ALF 2 telah mengembalikan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan.

Abang Long Fadil 2 adalah sebuah filem aksi komedi yang dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.

Sumber : MeleTOP

Loading...

Leave a Reply