Dinodai itu biasa dalam angkatan tentera Korea Utara

Loading...

SELAIN terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan askar lelaki, dinodai pegawai tinggi juga adalah ‘normal’ untuk askar-askar wanita dalam angkatan tentera Korea Utara.

Seorang bekas tentera yang telah berpaling tadah berkata, ramai askar wanita yang berkhidmat dalam angkatannya ‘berhenti datang bulan’.

Lee So Yeon mengatakan beliau tidur dalam keadaan tidak selesa selama 10 tahun bersama berpuluh-puluh askar wanita lain.

Kata So Yeon, wanita sentiasa dikenali sebagai golongan yang mementingkan kebersihan diri tetapi fasiliti di kem-kem tentera ‘menyedihkan’.

“Sebagai wanita, salah satu perkara yang kami terpaksa hadapi adalah gagal mandi dengan sempurna,” kata So Yeon dipetik laporan BBC.

“Ini kerana tiada air panas. Mereka sambungkan paip ke air dari bukit. Kadang-kadang katak dan ular keluar dari paip,” jelasnya.

Anak kepada seorang profesor di sebuah universiti, So Yeon, 41, terpaksa berkhidmat dalam angkatan tentera akibat krisis kebuluran.

Kata So Yeon, berkhidmat dalam angkatan tentera ‘menjanjikan’ makanan untuk anggota-anggota dan dirinya.

“Kebuluran menyebabkan wanita terdedah kepada ancaman,” kata pengarang buku North Korea’s Hidden Revolution, Jieun Baek.

“Ramai wanita terpaksa menyertai tentera dan lebih ramai lagi dilayani dengan salah, antaranya menghadapi penderaan dan gangguan seksual.

Kata Jieun, pendedahan oleh So Yeon sama dengan testimoni-testimoni dari anggota tentera lain yang telah berpaling tadah.

-Foto Reuters

So Yeon mengatakan, latihan dan jadual pemakan ketat menyebabkan badan rekrut wanita menjalani perubahan.

“Selepas enam bulan sehingga setahun dalam perkhidmatan, kami tidak lagi mengalami menstruasi kerana tidak cukup zat dan persekitaran yang tertekan.

“Ramai askar wanita kata mereka bersyukur kerana tidak datang bulan. Mereka kata begitu sebab, kalau mereka datang bulan, keadaan akan menjadi lebih teruk untuk mereka,” terang So Yeon.

Lebih menjijikan, So Yeon dan askar wanita lain pernah terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama berulang kali kerana tentera tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

Jieun mengatakan gangguan seksual ‘terlalu meluas’ dalam angkatan tentera.

So Yeon mengatakan beliau tidak pernah dinodai, tapi ramai rakannya pernah mengalaminya.

“Komander kompeni akan dinodai askar wanita dibawah pimpinannya. Ini akan terjadi berulang-ulang kali tanpa pengakhiran,” kata So Yeon.

Seorang lagi pengarang, Juliette Morillot mengatakan tidak ramai askar wanita mahu mengaku dinodai, jadi pelakunya sentiasa akan terlepas.

Morillot menambah, segala penindasan yang berlaku terhadap askar wanita adalah kerana unsur patriarki yang berleluasa dalam angkatan tentera Korea Utara.

Patriarki juga menyebabkan askar wanita disuruh melakukan lebih banyak kerja berbanding askar lelaki.

Unsur patriarki adalah keadaan dimana golongan wanita dipandang rendah oleh golongan lelaki dan ditindas secara terbuka.

“Keganasan domestik masih diterima dan tidak dilaporkan (di Korea Utara) dan ianya situasi sama dalam angkatan tentera,” jelas Morillot.

So Yeon sebelum ini bertugas sebagai seorang sarjan di sempadan Korea Utara-Korea Selatan dan meninggalkan angkatan tentera ketika berusia 28 tahun.

Pada 2008, beliau membuat keputusan untuk melarikan ke Korea Selatan dan beliau ditangkap dan dipenjara setahun selepas tertangkap dalam percubaan pertamanya.

Cubaan kedua So Yeon berlaku sejurus selepas beliau dibebaskan dimana beliau berenang melalui sungai Tumen dan menyeberangi Chia.

Di sempadan, beliau bertemu seorang broker yang memindahkan beliau ke Korea Selatan melalui China.

sumber:- sinar harian

8 Fakta Mengerikan Tentera Korea Utara Yang Membuat Dunia Ketakutan

Akhir-akhir ini, Korea Utara semakin rancak meningkatkan kekuatan pasukan tentera mereka. Bahkan, satu perempat dan satu pertiga daripada bajet negara yang dipimpin oleh Kim Jong-un itu dibelanjakan untuk keperluan tentera.

Korea Utara mempunyai sekurang-kurangnya lebih dari satu juta tentera, ribuan pesawat serta ribuan kereta kebal. Menurut khabar angin yang tersebar, Korea Utara sedang membangunkan senjata nuklear dan senjata pembunuh lain. Hal itu dibuktikan apabila beberapa hari lalu Korea Utara turut melakukan pengujian peluru berpandu nuklear hingga menyebabkan gempa bumi.

Bukan hanya itu, Korea Utara juga turut mengeluarkan video yang memaparkan simulasi peluru berpandu nuklear menghentam Washington DC, di Amerika Syarikat. Mereka mengatakan tidak akan teragak-agak melancarkan peluru berpandu nuklear jika AS berani masuk campur dengan urusan mereka.

Selain itu, masih ada fakta-fakta lain tentang tentera Korea Utara yang dianggap boleh mengugat keamanan dunia. Disiarkan seperti dipetik dari laman Emgn.com, berikut fakta-fakta menakutkan tentera Korea Utara.

8. Korea Utara mempunyai senjata kimia

Menurut pembelot, Korea Utara mempunyai senjata kimia berbahaya, seperti gas tradisional yang digunakan semasa Perang Dunia I, di antaranya klorin, fosgen dan gas mustard yang mampu melumpuhkan saraf dalam waktu yang pantas. Selain itu, pembelot juga menyatakan bahawa senjata kimia ini diuji kepada tahanan politik di kem kerja paksa.

7. Ada 1-6 juta tentera simpanan

Korea Utara mempunyai 1-6 juta tentera simpanan yang siap dihantar pada bila-bila saja jika sekiranya berlaku perang. Bahkan, negara itu melaksanakan peraturan wajib tentera bagi setiap lelaki. Dalam kata lain, Korea Utara juga akan menggunakan orang awam sebagai tentera.

6. Mempunyai senjata laser terlarang

Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) melarang setiap negara untuk menggunakan senjata laser yang boleh membutakan mata orang. Tetapi, Korea Utara masih mempunyai senjata ini dalam kuantiti yang banyak.

Senjata laser tersebut adalah jenis ZM-87 yang mampu membutakan mata setiap orang yang terkena cahayanya. China juga dilaporkan mempunyai berpuluh-puluh senjata ini.

5. Korea Utara mempunyai unit siber

Bukan hanya dari pasukan bersenjata yang dimiliki Korea Utara, tetapi Korea Utara juga mempunyai banyak pasukan dari unit siber. Mereka mempunyai kemahiran untuk menggodam ke dalam sistem komunikasi negara lain.

Buktinya, Syarikat Sony pernah digodam oleh seorang hacker dari Korea Utara pada tahun 2014 lalu. Bukan hanya itu, Korea Utara juga dituduh pernah menggodam puluhan ribu komputer, bank dan organisasi kerajaan Korea Selatan.

4. Korea Utara mempunyai banyak kapal selam

Angkatan laut Korea Utara pula dikatakan mempunyai kira-kira 70 hingga 75 unit kapal selam. Jumlah itu hampir sama dengan kapal selam AS yang berjumlah 75 unit. Namun dilihat dari segi kecanggihan, kapal selam AS masih mempunyai kelebihan dari Korea Utara kerana boleh menampung puluhan nuklear dalam satu kapal.

3. Korea Utara mempunyai banyak kereta kebal, meriam dan roket

Korea Utara dipercayai memiliki kira-kira 4,100 kereta kebal, 6,500 senjata meriam, 2500 pelancar roket dan lebih 1,000 pesawat. Jumlah ini adalah besar untuk sebuah negara yang kecil. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kapal terbang tidak digunakan kerana kekurangan bahan api, dan sebahagian besar kereta kebal dan senjata terlalu lama untuk bertahan akibat konflik yang berterusan.

2. Pengebom bunuh diri nuklear?

Pada tahun 2013, dunia digemparkan dengan tersebarnya foto sekumpulan tentera Korea Utara membawa beg galas dengan simbol tenaga nuklear. Dari situ muncul tanggapan bahawa Korea Utara mahu menggunakan tenteranya untuk melakukan bom bunuh diri dengan menggunakan bom nuklear. Menakutkan jika benar!

1. Berapa banyak bom nuklear yang dimiliki Korea Utara?

Setakat yang diketahui dunia, Korea Utara sudah melakukan empat kali ujian percubaan bom nuklear. Namun itu tidak menunjukkan bahawa Korea Utara mempunyai hanya 4 bom nuklear, bahkan mungkin saja lebih.

Menurut jangkaan, Korea Utara mempunyai 15-20 bom nuklear, tetapi belum mampu menjangkau jarak yang jauh. Menurut jangkaan, bom nuklear Korea Utara hanya mampu mencapai bandar Seoul di Korea Selatan, Tokyo di Jepun, dan Bangkok di China.

sumber

Loading...