Dituduh Menipu, Shahir Lari Dari Bayar Hutang

Loading...

SEJAK menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar, nampaknya nama Shahir kembali meniti di bibir para netizen.
Bermula dengan aksi tariannya ketika mendendangkan lagu Pencuri Hati, Shahir dihimpit kontroversi pula apabila dia dikaitkan dengan seorang pramugari bernama Mona.

Hari ini, namanya sekali lagi menjadi topik perbualan hangat apabila terdapat seorang individu yang melabelkannya sebagai seorang penipu dan kaki propa.

Pada 31 Oktober lalu, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Raudhatul Ain Rosni memuat naik sekeping gambar penyanyi itu dengan caption “kaki sembang. Kaki Propa. Penipu. Baik la juga tapi propa lebih.”

Pada hari yang sama, Ain turut memuat naik satu lagi posting gambar penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan itu dan menyifatkan penyanyi lelaki ini sebagai pengecut.

Tidak berhenti di situ sahaja, Ain turut menyatakan yang Shahir seakan-akan mahu lari dari tanggungjawab untuk membayar hutangnya.

Dedah Ain lagi, dia juga sudah habis bertolak ansur kepada penyanyi itu dengan tidak mengganggu Shahir ketika sedang becuti dan semasa dia bertanding dalam AF Megastar.

Selepas komitmen Shahir bersama program realiti itu sudahpun berakhir, ini merupakan masa yang sesuai untuk Ain menuntut kembali hutangnya.

Dalam pada itu, Ain turut membuka rahsia yang khabarnya sudah banyak kali Shahir memungkiri janji untuk membayar hutang yang dipinjamnya itu.

Dia turut menyatakan yang hutang ini harus diselesaikan walaupun salah seorang daripada mereka ‘pergi’ dahulu meninggalkan dunia ini.

Menurut screenshot perbualannya dengan penyanyi itu, Shahir seakan berjanji akan menyelesaikan hutangnya itu selepas mendapat bayaran dari program AF Megastaryang disertainya.

Dalam pada itu, wanita ini turut menjelaskan yang dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka usai sahaja penyanyi berkenaan melangsaikan kesemua hutang yang dibuatnya.

Bagaimanapun, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Diharapkan kedua-dua mereka dapat menyelesaikan apa jua isu dan masalah yang dihadapi dengan rasional.

sumber– MYNEWSHUB.CC

Loading...