Enggan Beri Gambar , Uqasha Diugut Peminat

Loading...

UQASHA Senrose kini lebih dikenali sebagai selebriti yang popular atas himpitan kontroversi berbanding bakat lakonannya.
Sebut sahaja nama pelakon ini, pasti banyak gosip panas yang menjadi bualan dalam netizen bermula daripada isu penampilan sehinggalah perubahan bentuk badannya yang kini kelihatan sedikit ‘montok’.

Uqasha Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad

Baru-baru ini, Uqasha menerusi aplikasi Instastory miliknya telah mendedahkan terdapat seorang individu yang tidak dikenali meminta gambar bogelnya.

Bukan itu sahaja, malah individu yang tidak didedahkan namanya itu turut mengugut akan menggodam Instagram milik Uqasha sekiranya gagal memenuhi permintaan tersebut.

“Uqasha, if you give me your nude pics. I will stop comment bad things about you. I swear. Only me.

“Hey, I asked you, If not, I will hack your Instagram account,” tulis individu berkenaan.

Ekoran perkara itu, pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen dilihat meluahkan rasa terkilan terhadap sikap biadap individu terbabit.

Menurutnya, dia mengakui benar-benar kecewa dengan sikap individu berkenaan yang sewenang-wenangnya meminta gambar lucah dengan alasan yang tidak berasas.

“Ya Allah, ada juga manusia macam ni!” ujar Uqasha menerusi posting tersebut.

Bagaimanapun, perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru malah ia sudah menjadi asam garam dalam kehidupan anak seni yang sering menjadi tatapan umum.

Sebelum Uqasha, terdapat juga beberapa selebriti lain yang turut menjadi mangsa pembuli siber seperti ini antaranya Nora Danish dan Che ta.

Apapun, kami berharap agar Uqasha dapat melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan manusia seperti ini terus bermaharajalela.

sumber– MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...