FAM lulus rayuan KAFA

Loading...

KOTA BHARU: Permohonan rayuan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi pasukan Kelantan diluluskan sekali gus membolehkan pasukan itu beraksi pada musim depan.

Mengesahkan perkara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya baru menerima keputusan rayuan yang dikemaskini sebelum dihantar kepada Badan Rayuan Perlesenan FAM bulan lalu.

“Alhamdulilah…sebentar tadi KAFA sudah menerima surat rasmi dari FAM yang menyatakan rayuan KAFA sudah diterima dan diberi lesen untuk beraksi dalam Liga Super 2018,” katanya menerusi entri terbaru di Facebooknya, sebentar tadi.

Sebelum ini, Kelantan antara lima pasukan yang ditolak permohonan lesen terbabit berikutan tidak memenuhi kriteria dan syarat.

Bagaimanapun, baru-baru ini KAFA berusaha sedaya mungkin mengemaskini semula apa yang diperlukan FAM bagi membolehkan lesen itu diterima seterusnya melayakkan pasukan The Red Warriors (TRW) bersaing dalam Liga Super 2018.

Sabtu lalu, TRW terselamat daripada terjerumus ke Liga Perdana selepas menang 3-1 ke atas Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat.

kredit:- BH

Loading...