Fara Mendoza ditampar, dipukul kekasihnya

Loading...

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fara Mendoza, 27, mendakwa beliau dipukul kekasihnya, bulan lalu, gara-gara mendapat tahu lelaki itu sudah beristeri.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah lokasi di Kuantan selepas lelaki berkenaan meminta Fara atau nama penuhnya Norfaralinah Md Yunus, ke tempat terbabit.

“Selepas agak lama kami berhubungan, saya mendapat tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai empat anak. Hati saya terluka dan mahu mengenakan dia (untuk membuktikan dirinya sudah berkahwin) bersama tiga wanita lain yang pernah ditipu individu sama.

“Tetapi, seorang daripada wanita terbabit membocorkan rahsia kami sehingga membuatkan dia bengang dan berkomplot dengan beberapa rakannya mengenakan saya pula. Kononnya, mereka mahu bertemu dengan saya untuk memulangkan jaket.

PELAKON, Fara Mendoza.

“Tiba-tiba, apabila saya berjumpa dengan mereka, kekasih saya muncul dan mengasari serta memukul saya sampai lebam tangan. Dia juga turut menampar saya,” katanya kepada BH Online.

Ekoran insiden berkenaan, Fara membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan hujung bulan lalu, dan juga Dang Wangi, pagi tadi.

Kata pelakon itu, setakat ini seorang daripada mereka sudah pun direman, manakala teman lelakinya pula dikatakan melarikan diri.

“Saya harap orang yang menganiaya saya akan mendapat balasan yang setimpal. Tak sangka perkara ini boleh terjadi pada saya,” tuturnya.

Sementara itu, Fara terkejut apabila pendedahan beliau di Instagram disalah anggap sesetengah pihak kononnya beliau dirogol.

“Eh, bukanlah! Bukan dirogol. Pandai-pandai saja mereka mengadakan cerita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan daripada pelakon berkenaan.

KESAN lebam di tangan Fara Mendoza yang dikatakan dilakukan oleh bekas kekasih dan rakannya.

FARA Mendoza membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan dan Dang Wangi gara-gara dipukul kekasihnya.

sumber:- BH

Loading...