Fitri Omar berhijrah keluar | Penyokong Kedah mahukan sentuhan penyudah Ken Ilso

Loading...

Permainan mengaitkan pasukan Kedah, semestinya kita dihidangkan dengan kawalan bola yang baik oleh jentera tengah pasukan Kedah iaitu Liridon bergandingan dengan Amirul Hisyam dan juga Akram Mahinan.

Di bahagian pertahanan pula, pasukan Kedah mempunyai aset pertahanan kental iaitu Rizal Ghazali, Keon dan juga Fitri Omar. Rizal semestinya tiada tandingan. Beliau dapat mengawal kubu bahagian kanan pasukan Kedah dengan baik, begitu juga dengan Fitri Omar. Kini Fitri Omar sudah pun berhijrah keluar ke pasukan Kuala Lumpur. Semoga berjaya bersama pasukan baru.

Zack Anderson pula telah berangkat pulang ke Australia. Beliau juga antara pertahanan yang baik selain Keon yang begitu cekap mencantas bola dikaki lawan.

Penyokong pasukan Kedah sememangnya merindukan sentuhan Ken Ilso (King Ken). Rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk melihat Ken terus beraksi bersama pasukan kesayangan mereka. Ada yang menyatakan masih belum puas melihat Ken Ilso beraksi diatas padang.

Ken Ilso yang begitu menjadi bersama pasukan Kedah pada musim 2017 dilihat berjaya memikat hati penyokong setia mereka. Menjaringkan 15 gol dan tersenarai ketiga penjaring gol terbanyak dalam liga super adalah satu pencapaian yang amat bagus.

Walaubagaimanapun penyokong Kedah terpaksa akur dengan keputusan Ken Ilso untuk tidak menyambung kontrak beliau bersama Kedah. Begitu juga Fitri Omar yang berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur.

..

Sumber : infomamak.com

Loading...