[Foto] Sekitar Majlis Resepsi Siti Saleha Dan Ummi Nazeera Meriah

Loading...

SYUKUR sejak akhir-akhir ini banyak kita dengar khabar-khabar gembira dari selebriti tanah air. Yuna dengan pertunangannya, Aliff Aziz dengan timangan anaknya dan kini majlis resepsi Ummi Nazeera dan Siti Saleha yang diadakan semalam.
Kedua-dua pasangan mempelai nampak sama cantik sama padan dalam majlis resepsi yang diadakan selepas mereka selamat diijabkabul bulan lalu.

Ummi Nazeera yang telah diijabkabulkan pada 23 Julai lalu bersama pasangannya, Dr. Mohd. Izzar Anwari telah mengadakan majlis resepsinya malam tadi di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC.

Pasangan ini telah mengenakan beberapa persalinan yang bertemakan ala Klasik daripada pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Seperti sebelumnya, majlis ini turut diserikan dengan persembahan tarian daripada pengantin dan juga ahli keluarganya.  Kali ini tarian Zapin pula yang dipersembahkan mereka. Wahhh..selalu artis akan menyanyi pada majlis respsi mereka, tetapi lain pula bagi Ummi ya.

 

Berlainan pula bagi pasangan romantis Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar yang memilih tema ala Inggeris pada majlis resepsinya semalam. Majlis yang serba meriah itu diadakan di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.

Sama seperti pasangan Ummi dan Izzar, pasangan ini turut menggayakan persalinan serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis semalam merupakan majlis resepsi ketiga buat Siti Saleha dan Lutfi selepas dinikahkan pada 29 Julai lalu.

Ramai di antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis ini seperti pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Yusri dan Lisa Surihani, Melissa Saila dan Vanida Imran.

 

Kepada sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar kedua-dua pasangan ini, kalian bolehlah search #mrimissesu untuk pasangan Ummi Nazeera dan #salehalutfi untuk pasangan Siti Saleha di laman sosial. Semoga kedua-dua pasangan ini hidup bahagia #tilljannah lah orang kata… kredit– MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *