Gaya Mewah Aaisyah Sebelum Ulang tahun Kelahiran

Loading...

Pasti semalam anda sudah melihat kejutan yang dilakukan aktor kacak, Zul Ariffin yang datang membuat kejutan buat anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana.

 

Hari ini, menerusi entri terbaru milik si cilik itu, dilihat dia sedang melakukan persiapan untuk menyambut ulang tahun kelahiran ketiganya.

Sempena sambutan ulang tahunnya yang bakal diadakan pada hari ini, pasangan tersebut telah memenuhi keinginan Aaisyah yang mahu melakukan medicure dan disolek.

#Aaisyahdhiaranaturns2 #birthdaycelebration #aaisyahdhiarana #1stNovember2017 #3years . . 📷 @eddy_aidil

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Mungkin kerana Aaisyah terlalu sukakan kecantikan, Che Ta dan Zain telah sepakat memilih untuk membenarkan anak bongsunya berhias layaknya seperti ibunya.

Menerusi akaun Instagram si kecil itu, Aaisyah dilihat telah melakukan semua aktiviti tersebut dan dilayan seperti puteri raja.

Apa yang menarik ialah penampilan Aaisyah yang nampak begitu comel menyarungkan gaun berwarna keemasan dan dikelilingi jenama mewah Chanel.

 

Selain itu, di ruangan komen di laman Instagram milik Aaisyah juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat hari jadi dari para peminat yang tidak putus-putus memuji kecomelan dan telatah Aaisyah 

Memang geram melihat gelagatnya yang comel.Walaupun baharu menginjak usia tiga tahun hari ini namun tak dinafikan popularitinya sudah setanding dengan kedua ibu bapanya.

Sementara itu terdapat juga foto-foto menarik Aaisyah ketika acara memotong kek, malah si cilik itu kelihatan sangat teruja dan comel ketika mendapat layanan tersebut.

Jom MH Online kongsikan beberapa foto dan video menarik yang dikongsikan:

 

Mani pedi time💃🎁🎈🎊🎉 . #aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns3 #birthdaypreparations #31ocotober2017

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

kredit:- media hiburan

Loading...