Gol Pertama Matikan Tumpuan Kami – Vingadaaca

Loading...

BURIRAM: Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan  kekecewaannya apabila anak buahnya tewas mudah 1-4 kepada Korea Utara  dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia di Stadium i-mobile, di sini ,Jumaat malam.

Jurulatih dari Portugal itu menyalahkan gol pertama Korea Utara, satu sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas bola terkena tangan ketua pasukan Fadhli Shas, sebagai salah satu punca kekalahan Harimau Malaya.

“Ketinggalan satu gol di awal permainan adalah tidak bagus kerana ia menggoyahkan keyakinan  pemain dan ini dapat dilihat pada pemain,” jelasnya pada satu sidang media selepas perlawanan.

Menurut Vingada, anak buahnya berada dalam keadaan tertekan apabila Korea Utara yang semakin berani selepas mendapat gol sulungnya dan kesungguhan mereka menghasilkan gol kedua.

Vingada yang kekal optimis dengan kemampuan pemainnya berkata, keadaan menjadi lebih sukar  apabila Korea Utara mendapat gol ketiga dua minit selepas rehat, membuatkan usaha skuad negara mendapatkan  kembali rentak permainan menjadi sukar.

“Keadaan menjadi lebih sukar selepas gol ketiga,” katanya sambil menambah kekuatan fizikal  pemain  Korea Utara juga terserlah apabila mereka menguasai kebanyakan bola tinggi,” katanya.

Sementara itu, Jurulatih Korea Utara  Jorn Andersen berkata keputusan malam ini membuktikan pasukan yang lebih baik menang dengan pemain beliau menguasai segenap aspek perlawanan sepanjang 90 minit itu.

“Sudah tentu adalah bagus untuk jadi yang pertama mendapat gol,  tetapi kami menguasai keseluruhan permainan dan membuktikan kami adalah pasukan yang lebih baik di sepanjang perlawanan,” katanya.- Bernama

sumber:

Loading...