Hajat Rishi sebelum tutup mata

Loading...

“Sebelum mati, saya mahu ke Pakistan.” Itulah hasrat yang disuarakan aktor veteran terkenal Rishi Kapoor.

Perkongsian itu dizahirkan Rishi sehari selepas Ketua Menteri Kashmir dan Jammu, Farooq Abdullah berkata, apa pun yang terjadi, Islamabad akan terus kekal sebagai ibu negara Pakistan.

Menurut Rishi, dia sudah berusia 65 tahun dan sebelum ‘menutup mata’ dia mahu keturunannya tahu asal usul mereka.

“Kami berasal dari Pakistan. Moga impian saya ini jadi kenyataan,” katanya.

Aktor itu mempunyai rumah di Pakistan. Ia dibina di antara 1918 dan 1922 oleh Dewan Basheswarnath Kapoor, bapa kepada Prithviraj Kapoor yang dicatatkan sebagai anggota keluarga ‘Kapoor’ pertama yang menyertai industri perfileman Bollywood.

Apabila berlaku perpecahan antara India dan Pakistan pada 1947, keluarga Kapoor berpindah ke India.

Tegas Farooq, bukan saja rakyat India bahkan seluruh masyarakat dunia mahu Jammu dan Kashmir terus kekal menjadi milik Pakistan.

“Hakikat ini tidak akan berubah. Biarlah mereka berperang tetapi bagi saya kedua-dua pihak perlu berbincang agar rakyat boleh hidup aman damai,” katanya.

Rishi sangat bersetuju dengan kenyataan Farooq.

“Saya rasa inilah sahaja cara untuk menyelesaikan konflik India dan Pakistan. Terimalah cadangan Ketua Menteri. Saya mahu anak cucu saya tahu asal usul mereka yang sebenar,” katanya.

sumber:- HM

Loading...