Hampir Pasti Ikat Ghaddar

Loading...

Setelah cemerlang bersama pasukan kelantan dalam saingan liga Malaysia, Ghaddar gagal meneruskan rentak ketika bersama JDT. Desas desus Ghaddar bakal di pindah kan ke pasukan lain hangat di perkatakan.

Melaka United hampir pasti bakal membawa penyerang sensasi Liga Malaysia iaitu Mohammad Ghaddar dari JDT sebagai teraju utama di bahagian serangan mereka.
.
Perkara ini diakui sendiri oleh pengurus Melaka , Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang mengatakan Ghaddar bakal mengemudi bahagian serangan dan kemampuannya sudah diiktiraf sebagai antara penyerang disegani di Liga Malaysia dan antarabangsa.
.
Tidak dapat dipastikan samaada perpindahan ini melibat ‘Gentlement Agreement’ ataupun tidak seperti kes Amri yahya sebelum ini. Sekiranya Melaka United tak mampu bayar yuran peprindahan secara penuh, kemungkinan JDT akan aktifkan ‘Gentlement Agreement’ dengan meletakkan syarat Ghaddar tak boleh bermain ketika menentang JDT.
.
Perpindahan ini mengesahkan yang Ghaddar hanya perancangan jangka pendek JDT untuk bersaing selaku juara bertahan Liga Super. Sebelum kehadiran Ghaddar JDT menghadapi krisis di bahagian serangan yang menyukarkan JDT mempertahankan kejuaraan.

sumber:- redempire

Loading...