harga bahan api RON95, RON97 mulai 12 malam ini 7/9/2017 – 13/9/2017

PETALING JAYA: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97, masing-masing naik empat sen bermula tengah malam Rabu.

Sehubungan itu, harga runcit RON95 ditetapkan pada RM2.20 seliter, manakala RON97 ialah RM2.48 seliter bagi tempoh 7 September hingga 13 September ini.

Harga runcit diesel pula naik satu sen kepada RM2.05 seliter.

Pengumuman mingguan harga runcit bahan api itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman sesawang rasminya di www.kpdnkk.gov.my, petang Rabu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *