Izreen jawab isu kahwini suami orang

Loading...

PELAKON Izreen Azminda meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan melibatkan dirinya yang dikhabarkan sudah pun mendirikan dengan seorang pemuzik berstatus suami kepada dua cahaya mata baru-baru ini.

Terdahulu bagi menjelaskan kedudukan sebenar mengenai apakah situasi yang berlaku, pelakon berusia 32 itu telah pun mengaturkan satu sidang media minggu hadapan di sebuah lokasi di Damansara.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya apakah intipati sidang media tersebut nanti, pelakon asal Kangar, Perlis itu memberitahu dia mungkin hadir ke sidang media berkenaan dengan individu dipercayai teman kepada aktres itu.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja. Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tida menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,”luah Izreen yang turut meminta doa dan sokongan semua.

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya,” jelas Izreen.

sumber:- SH

Artikel berkaitan

“Saya Terima Aktres Sebagai Madu” – Isteri Pemuzik Gegar Vaganza

PETALING JAYA: Isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda menerima kehadiran seorang pelakon terkenal sebagai madunya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan mengetahui tentang perkara tersebut dua minggu lepas dan reda dengan keputusan suaminya untuk berkahwin.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan,” kata Intan.

Izreen dilaporkan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita pada Khamis.

Rumahtangga Intan dan Uda dibina empat tahun lalu. Mereka mempunyai dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya.

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama timangannya, Uda.

Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

sumber:mstar

Pemuzik Gegar Vaganza Bakal Suami Izreen Azminda

PETALING JAYA: Desas-desus mengenai status dramatis Izreen Azminda bakal terjawab apabila pelakon itu dijangka berkahwin dalam waktu terdekat.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 32, akan disatukan sebagai isteri kepada pemuzik bebas yang kini bertugas dalam rancangan Gegar Vaganza dikenali sebagai R atau nama timangannya Uda.

Dalam pada itu sumber berkata, aktres itu akan mengadakan sidang media khas berhubung hal berkenaan dalam masa terdekat namun hanya segelintir media sahaja yang akan dipanggil membuat liputan.

 

Bagaimanapun satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di sebuah kondominium, di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

Dalam satu laporan sebuah media baru-baru ini, Izreen enggan memberi sebarang komen mengenai gosip kononnya dia akan berkahwin dengan seorang pemuzik berstatus suami orang.

Menerusi laporan mStar Online pada 10 Ogos 2017, Izreen memberi pendapat tidak salah seseorang lelaki untuk berkahwin lain kerana golongan itu dibenarkan oleh agama Islam untuk mempunyai empat orang isteri.

Aktres ini yang merupakan ibu tunggal pernah berkahwin dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Izreen sejak beberapa hari lalu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon dibuat serta tidak membalas mesej dikirimkan.

sumber:- mstar

Loading...