Jaga-jaga dengan santan palsu

Loading...

Rasanya isu santan palsu ni dah basi. Aku pun sebenarnya dah beberapa kali terkena
dengan santan palsu ni. Bila tengah memasak tiba-tiba tak cukup santan dan suruh anak yang
pergi beli di kedai runcit yang sinun, jawabnya dia bawa balik bungkusan yang serupa macam santan,
pekat macam santan tapi masakan kita yang menggunakan santan tu confirm tak pekat.

Tak kiralah korang gunakan untuk masak sayur lemak ke atau masak kari ayam, curahlah berapa bungkus / berapa kali pun..tak akan pekat masakan tu dan tak akan rasa manis semula jadi seperti kita menggunakan santan asli yang baru diperah.

Alkisahnya aku ni dulu-dulu dok tertanya-tanya juga, aku ke yang asyik terlebih menyukat air untuk membuat kuah ? Bila dah kerap cair masakan aku….aku mula beranggapan yang aku dah tak pandai memasak sekarang. Huh dasyat kalau tak pandai masak. Anak aku yang ramai ni pasti jadi group pertama komplen masakan aku. Kalau masing-masing mula bagi komen,
telinga aku boleh terbakar .

Tapi bila aku ke kedai yang lagi satu , tuan punya kedai di situ mengakui santan sekarang memang dicampur air dan sedikit bahan sebatian yang boleh membuatkan santan menjadi pekat seolah pati santan asli. Sebenarnya santan itu dah bercampur air, tepung dan bahan perekat / pengental di dalamnya. Katanya ramai
kawan-kawan seperniagaannya yang buat begitu. Supply santan sana sini, sekejab dah mewah dan tukar mercedez baru. Meniaga santan pakai mercedez ??? Aku bukan setakat terkejut kokang sebaliknya terkedu dengan cara mereka buat duit dengan cara menipu dan membahayakan pengguna. Tergamak segelintir peniaga kita buat duit dengan cara yang tidak bertanggung jawab demi memenuhkan poket sendiri.

Brother tempat yang selalu aku beli santan ni memang ada kedai kelapa dan pisang di tempat aku. Santannya memang laris. Setiap pagi dia bawa lori berjual pulak di luar pagar depan pasar di BS. Aku pun saja gatalkan mulut bertanya, ” abang Mat tak mo buat macam tu ke ? ”

Dia kata, ” kalau aku buat macam tu sepanjang aku berjual santan 9 tahun ni rasanya boleh dah
dapat 4 bijik mersedez. Ramai yang nak ambik santan dengan aku dan cadangkan aku buat perkara
yang sama. Tapi aku tak mau. Malas nak berjawab kat dunia dan malas nak berjawab kat akhirat.”
Aku suka dengar dia jawab stail selamba rock macam tu 🙂

Loading...

Leave a Reply