JDT Beri Wang Hadiah Piala Malaysia Kepada P.Pinang

Loading...

JOHOR BAHRU – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan para pemainnya akan memberikan wang kemenangan Piala Malaysia 2017 mereka kepada Pulau Pinang bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri itu.

Presiden Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, Kelab Bola Sepak JDT dan para pemain telah membuat keputusan tersebut sebagai bantuan dan sumbangan mereka kepada yang memerlukan di Pulau Pinang.

“Menjunjung titah Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bola Sepak JDT adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT menjulang Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan pasukan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, Selangor malam kelmarin.

kredit- MYNEWSHUB.CC

Loading...