Jersi Neymar Macam Goreng Pisang Panas

Loading...

PARIS Saint-Germain (PSG) bakal berdepan dengan kehabisan stok jersi Neymar selepas ia mencatatkan rekod jualan paling tinggi.

Kelab Perancis itu dibanjiri dengan tempahan sejak 30 hari lalu dengan lebih 120,000 jersi Neymar terjual.

Jualan jersi bintang tersebut sahaja mencatatkan lebih £7.8 juta (RM44.4 juta).

Kedai-kedai kelab PSG juga mencatatkan peningkatan jualan 75 peratus berbanding musim lepas.

Fenomena itu semuanya dipengaruhi kehadiran pemain kelahiran Brazil itu ke PSG.

Sambutan yang menggalakkan itu mungkin menyaksikan mereka bakal kehabisan jersi Neymar yang hanya dibekalkan sehingga November.

Neymar yang menjadi ikutan ramai penyokong bola sepak dunia mencatatakan perpindahan £198 juta (RM1.13 bilion) dari Barcelona pada musim panas. – Mail Online

 

Loading...

Leave a Reply