Jersi No.7 United Untuk Griezmann

Loading...

MANCHESTER United tidak pernah berputus-asa untuk mendapatkan khidmat bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Terbaharu, Daily Star melaporkan United mengosongkan jersi No.7 untuk disarung pemain Perancis itu yang dianggarkan bernilai 100 juta pound sterling.

Griezmann dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas lalu tetapi akhirnya memutuskan untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab La Liga itu.

Menurut Daily Star, pemain berusia 26 tahun itu masih dalam radar Jose Mourinho untuk mengisi jersi No.7 yang pernah disarung beberapa bintang ternama United seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

United tidak memperuntukkan jersi ikonik itu kepada mana-mana pemain musim ini.

Ia mungkin menjadi faktor utama pada jendela perpindahan pemain awal tahun depan apabila Griezmann kembali menjadi buruan Mourinho begitu juga Gareth Bale dari Real Madrid.

Pada masa sama, Atletico pula dikaitkan dengan penyerang Chelsea, Diego Costa yang menguatkan lagi khabar angin bahawa kehadirannya memberi petanda Griezmann akan menyertai United.

 

Loading...

Leave a Reply