Jom Bercinta Lepas Kahwin – ‘Fattah Amin’

Loading...

PETALING JAYA: Gara-gara putus tunang, seorang pemuda tidak mahu memori lalu terus menghantuinya apabila berhasrat segera mencari pengganti untuk meneruskan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung bulan depan.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Adib,  telah berkongsi tentang hasrat hatinya itu kepada pengendali laman Facebook Viral D Viral untuk menghebahkan perkara itu.

Memiliki wajah mirip pelakon, Fattah Amin, pemuda berusia 30 tahun ini mendakwa kecewa kerana sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus, termasuk menyimpan wang secukupnya untuk mengadakan majlis bagi meraikan hari bahagianya.

“Saya baru putus tunang dua bulan lepas, tak pasti kenapa, tapi wakil pihak perempuan pulangkan cincin.

“Ikutkan bulan depan kami kahwin. Dengar khabar daripada kawan baik dia, bekas kekasih dia yang dulu hilang, sekarang minta sambung dan rancang untuk kahwin,” katanya yang memiliki darah campuran negara seberang.

Usahawan muda itu turut berterus-terang tentang pendapatannya sebanyak RM5,000 sebulan.

 

Selain itu, Adib juga mendedahkan bahawa dirinya tidak merokok atau berjoli serta bukan seorang pemabuk.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan itu turut menawarkan wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada gadis yang bertuah berbanding nilai asal hanyalah RM10,000.

Malahan sepatutnya Adib bakal menghadiahkan pakej bulan madu ke Korea yang dirahsiakan daripada bekas tunangnya seandainya mereka diijabkabul seperti dirancang.

“Siapa sudi tolong tag nama dia atau kalau ada kawan korang yang solo, tolong tag nama dia dekat komen post Viral D Viral ini.

“Saya akan PM (hantar pesanan peribadi) satu-satu yang saya rasa ok. Kita bercinta lepas kahwin! Sebab majlis tetap akan diteruskan,” ujarnya.

Setakat ini, entri tersebut sudah menerima 17,000 komen, 14,000 tanda suka dan 3,456 perkongsian.

“Salam Admin Viral D Viral, boleh tlg saya share cerita ni?

Nama saya Adib, usia 30. Saya bisnes sendiri. Pendapatan bulanan boleh la, 2k -5k sebulan. Tidak merokok, tidak mabuk dan tidak suka berjoli.

Saya baru putus tunang 2bulan lepas. Tak pasti kenapa, tapi wakil pihak perempuan pulangkan cincin. ikutkan bulan depan kami kawin. Dengar kabar dari kawan baik dia, bekas kekasih dia yang dulu hilang sekarang mintak sambung dan rancang untuk kawin. klu betul tahniah! aku harap kau tak menyesal.

Persiapan saya hampir 80% siap. Duit pun dah kumpul untuk majlis, saya tak nak batalkan! saya nak cari penganti! saya nak upkan duit hantaran, klu ikutkan rm10k shj. Tapi penganti saya akan dapat 15k.

Saya ingat nak buat kejutan pada bekas tunang saya tu nanti bila kawin dah kawin, saya ada beli pakej percutian ke korea pada hujung tahun ini untuk bulan madu, jadi siapa sudi tlg tag nama dia atau klu ada kawan korang yg solo tlg tag nama dia kt comment post Viral D Viral ni, saya akn PM satu2 yg saya rasa ok.

“kita bercinta lepas kawin! sebab majlis tetap akan diteruskan, biar pun pasanganya bukan dia tapi awak…”

thanks admin.
Ini gambar saya.
Adib
mix Malaysia + Indonesia
Ng9″

kredit:- mstar

Loading...

Leave a Reply