Kapten Piya Belum Buat Keputusan

Loading...

Kedudukan Mohd Badhri Mohd Radzi berhubung kerjayanya dalam pasukan Kelantan masih dalam pertimbangan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya masih berminat untuk mendapatkan khidmat kapten The Red Warriors (TRW) yang lebih mesra dikenali Piya.

Katanya, Piya adalah antara pemain yang masih dalam rundingan pihak Kafa.

“Selain Piya, tiga pemain senior yang masih dalam proses rundingan adalah Mohd Norfarhan Muhammad dan Indra Putra Mahayudin.

“Manakala pemain senior lain antara yang kekal ialah Kharul Fahmi Che Mat yang masih mempunyai kontrak sehingga 2018, Farisham Ismail, Fakhrul Zaman, Syafiq Rahman, Fadhilah Pauzi, Faris Shah Rosli, Azwan Aripin, Faizol Nazlin, Rozaimi Azwar.

“Juga beberapa pemain Piala Presiden seperti Danial Ashraf, Nik Azli Nik Alias, Imran Shamsul, Nik Akif, Saiful Alias,” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada Sabtu.

Jelas Afandi, pemilihan pemain tersebut dikemukakan oleh jurulatih sementara Sathit Benson yang mengambil alih tugas Zahasmi Ismail sejak bulan lalu.

“Panel jurulatih akan terus mencari pemain-pemain lain di dalam dan di luar Kelantan bagi mengisi lagi senarai yang sedia ada.

“Dan setakat ini pemain import yang kekal adalah Morgaro Gomis,” katanya.

Beliau berkata, pada sesi latihan yang akan bermula 20 November ini pihaknya akan turut menguji beberapa pemain lain termasuk pemain import.

“Mesyuarat kali ini lebih tertumpu kepada senarai pemain  kerana kita perlu sediakan pasukan lebih cepat,” jelasnya yang tidak mengulas lain-lain perkara.

Dalam masa sama, Apandi menafikan khabar angin mengenai Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo akan kembali ke skuad Kelantan.

“Dalam senarai cadangan tidak ada Mat Yo. Dan setakat ini juga hanya Qayyum Marjoni Sabil sahaja yang memohon untuk berhijrah.

“Kita ada rundingan Qayyum yang sewajarnya, tetapi kita kena menghormati keputusan pemain.
Sumber : mstar

Loading...