Kawan Disangka Peminat, Messi Mohon Maaf

Loading...

LIONEL Messi memohon maaf kepada Sebastian Druissi gara-gara tersalah sangka.

Messi yang kini bersama skuad kebangsaan disapa penyerang Zenit St Petersburg itu ketika terserempak  di hotel penginapan pemain di Moscow.

Druissi ketika itu tiba di hotel untuk bertemu beberapa rakannya  yang berada di Rusia.

Driussi merakam gambar bersama Messi dan memuat naik di laman Instagramnya.

Selepas itu, Messi tersedar bahawa Druissi bukanlah peminatnya tetapi merupakan rakan bola sepaknya.

Messi terus menghubungi Druissi memohon maaf dan mengakui kepada Fox Sports Argentina bahawa dia memang mengenali pemain itu.

“Saya berasa bersalah kerana tidak mengecamnya ketika itu. Saya memang kenal dia. Apabila dia meminta untuk bergambar, saya terus terfikir mungkin sesesorang yang sentiasa menunggu untuk bergambar.

“Apabila saya melihat gambar tersebut di Instagram, saya terus meminta maaf dengannya,” jelas Messi.

Druissi,21, memuat naik gambarnya bersama Messi dengan kepsyen: ‘Thanks for the photo IDOL Leo Messi.’

kredit:- mstar

Loading...