Kejayaan Era baru KAFA di bawah Bibi Ramjani Ilias Khan

Loading...

Melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan bagi Julai dan Ogos.

1. Mencatat kemenangan pada aksi terakhir menentang Melaka United dan menamatkan liga pada kedudukan ke -10 seterusnya berjaya untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.

2. Berjaya menyelesaikan isu tunggakan gaji seterusnya berjaya mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan melayakkan pasukan itu beraksi pada Liga Malaysia musim depan.

3. Menyelesaikan tunggakan gaji beberapa bekas pemain Kelantan musim lalu dan musim ini serta bekas jurulatih musim 2016, Velizar Emilov Popov

4. Menyemak baki tempoh kontrak pemain muda Kelantan dan seterusnya mendapatkan khidmat beberapa pemain muda untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

5. Berjaya melanjutkan kontrak pemain berpengalaman dan berpengaruh Mohd Badhri Radzi atau Piya bersama pasukan untuk tempoh semusim lagi kerana pengalaman luasnya yang diyakini mampu membantu pemain muda selain memberi keseimbangan dalam pasukan.
.
Credit : Kamarulazwa

Kafa calon Dua jurulatih import untuk musim depan

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) lebih  berminat untuk mendapatkan jurulatih dari luar negara bagi membimbing skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, setakat ini pihaknya sudah mempunyai dua calon jurulatih import yang dalam pemerhatian dan penilaian pengurusan persatuan itu.

“Kita tidak mahu mendedahkan calon-calon jurulatih itu kerana mereka dalam pemerhatian dan penilaian kami,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Kafa mengumumkan penolong jurulatih Kelantan Santhit Bensoh diberi tugas mengendalikan latihan pasukan Kelantan sehingga ketua jurulatih baharu dipilih oleh pihak pengurusan persatuan.

Bibi Ramjani berkata, antara faktor  jurulatih import menjadi perhatian ialah pihaknya mahu kelainan teknik yang diterapkan kepada pemain bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia.

“Kami mengetahui pemain yang mewakili Kelantan adalah pemain muda, jadi mungkin teknik tertentu boleh dipelajari daripada jurulatih luar.

Mungkin juga disiplin yang tinggi dapat diterapkan kepada pemain, selain perlu akur terhadap lima kuota pemain import yang sudah bertambah daripada empat orang kepada lima orang yang mana mereka juga memerlukan penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pemain import,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menguji lima pemain import dari Amerika Latin dalam sesi perlawanan persahabatan tidak lama lagi.- Bernama

kredit:- sinar harian

Loading...