Kek ‘hijau kuning’ tanda sokongan

Loading...

PEMINAT pasukan bola sepak Kedah, Azrul Nizam Azali, 25, sanggup bersengkang mata hampir 10 jam bagi menyiapkan kek Hijau Kuning yang dihias dengan gambar 11 pemain utama pasukan itu.

Azrul Nizam dari Kampung Tengah Kuala Sungai, Yan berkata, dia mula mengadun tepung bermula 9 malam semalam hingga 2 pagi sebelum proses menghias 24 kek itu mengambil masa lima jam.

Katanya, idea itu tercetus selepas dia melihat ramai penyokong Hijau Kuning bersemangat dan kagum dengan corak persembahan yang dipamerkan oleh pemain pasukan Lang Merah itu.

“Kek yang dihasilkan menggunakan cetakan gambar logo 11 pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Sandro De Silva Mendoca, Syazwan, Liridon, Amirul, Rizal Ghazali, Fitri, Ifwat, Zack Anderson, Khairul Helmi, Ken Ilso Larsen dan ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adha Yusoff.

“Setiap kek yang dihasilkan dihias menggunakan buttercream (krim mentega),” kata Azrul Nizam.

Menurutnya, dia membelanjakan RM200 untuk menghasilkan semua kek itu termasuk kos mencetak gambar pemain.

“Ini kali pertama saya menghasilkan kek Hijau Kuning seperti ini bagi menghargai jasa pemain yang bersungguh-sungguh bermain sehingga layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut.

“Kek ini juga dihasilkan untuk penyokong Hijau Kuning yang tidak jemu menyokong pasukan Lang Merah,” katanya.

Azrul berkata, dia sedia menerima tempahan kek itu dengan harga promosi RM15 sebiji.

Bagi Mereka yang berminat boleh melayari Facebook, Azrul Nizam Azali.

sumber:- BH

Loading...