Kelantan umum senarai pemain

Loading...

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengumumkan senarai pemain serta jurulatih Liga Super The Red Warriors (TRW) musim depan, Sabtu ini.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman yang mengesahkan perkara itu berkata, ia akan diumumkan selepas mesyuarat Exco badan induk berkenaan.

“Ya betul, KAFA akan umumkan senarai pemain yang akan menggalas cabaran TRW musim depan sebaik selesai mesyuarat yang diadakan 11 November nanti. KAFA juga akan umumkan barisan kejurulatihan,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Hussin berkata, keputusan itu bagi membolehkan persiapan awal dibuat sekali gus memastikan pasukan lebih sempurna dapat dibentuk.

“Kita juga berharap pemain baharu yang ditandatangani dapat membentuk keserasian bersama pasukan lebih awal sebelum saingan Liga Super tahun depan,” katanya.

Terdahulu, terdapat desas-desus di kalangan penyokong TRW mengenai senarai wajah baharu yang bakal membarisi skuad TRW musim depan.

Menurut beberapa blog penyokong TRW, beberapa bekas pemain kemungkinan menyertai TRW semula antaranya pemain sayap FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Noor; pemain sayap Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria; penyerang FELDA United, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shakir Shaari.

kredit:- BH

Loading...