Keputusan Korea Utara – MAlaysia, Kelayakan Piala AFC 2019

Loading...

SKUAD Harimau Malaya seakan sudah boleh melupakan impian mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 selepas dibelasah Korea Utara 4-1 pada aksi kelayakan Kumpulan B di Stadium I-Mobile, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya kini hanya memiliki peluang yang sangat tipis untuk melepasi pusingan kelayakan selepas hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan.

Berbaki dua aksi lagi, skuad kendalian Nelo Vingada perlu menang semua perlawanan itu termasuk berdepan Korea Utara, Isnin ini dan Lubnan pada 27 Mac tahun depan.

Namun, jika menang kedua-dua aki itu sekali pun, Harimau Malaya masih perlu mengharapkan Hong Kong dan Korea Utara tidak memenangi satu daripada dua perlawanan terakhir mereka.

Pada aksi sebentar tadi, gawang Harimau Malaya bocor seawal minit ke-12 hasil sepakan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten, Fadhli Shas.

Anak buah Vingada tampak terus bergelut untuk menemui rentak selepas jentera tengah dilihat gagal membuat hantaran menarik dengan ketiadaan Safiq Rahim yang masih berdepan penggantungan.

Malang skuad Harimau Malaya berterusan apabila Kim Yu Song menanduk masuk bola sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-42 untuk meletakkan Korea Utara selesa mendahului 2-0.

Malah, hanya tiga minit bersambung babak kedua, gawang Harimau Malaya yang dikawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bocor lagi dan kali ini hasil rembatan jarak dekat Kim Yong Il.

Tidak cukup dengan itu, Korea Utara menambah derita Harimau Malaya selepas meledak gol keempat hasil sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-58.

Tindakan Vingada memasukkan Safawi Rasid pada 30 minit terakhir berjaya mengubah kedudukan selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meledak gol tunggal Harimau Malaya pada minit ke-67.

sumber:- HM

Loading...