Ku Sangkakan Penyangkut Baju Rupanya Kamera

Loading...

Kita memang sentiasa bersyukur Malaysia masih aman. Tapi sejauh mana amannya tanah air kita? Bila mana rakyat khususnya merasa tidak selamat. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kewujudan skru berkamera yang berpotensi digunakan di mana-mana termasuk rumah kita.

Terbaru, seorang pelajar wanita kolej swasta di Seremban menemui penyangkut baju berperanti kamera ketika sedang menggunakan tandas perempuan di kolej terbabit. Bahaya betul sekarang ya.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu mengejutkan pelajar terbabit. Dia syak ada sesuatu yang pelik pasal penyangkut baju itu bila mendapati ada memori kad di belakang objek itu. Dia berasa curiga dan terus maklumkan kepada staf kolej.

 

 

Lepas diperiksa, kad memori itu mengandungi dua video. Namun, video itu bukanlah video yang tak senonoh. Ekoran kejadian itu, laporan polis telah dibuat dan dikhabarkan masih dalam siasatan.

Apa yang lebih membimbangkan, kamera peranti seperti ini mudah didapati secara online di laman membeli-belah online. Harganya pula mampu milik. Tak mustahil dah ramai yang dah beli untuk tujuan yang tak sepatutnya.

Isu macam ni perlu dipantau oleh pihak berkuasa. Kita tak mahu wanita hidup dalam keadaan takut kerana ini boleh berlaku tanpa kita sedar.

Loading...

Leave a Reply