Lagi Gambar Tunang Yuna Dengan Adik Ashraf Sinclair

Loading...

PENYANYI tempatan bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai mengesahkan dirinya sudah bergelar tunangan kepada pengarah iklan komersil, Adam Yousof Sinclair, 32, dalam satu majlis pertunangan yang diadakan petang semalam.
Majlis pertunangan yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua pihak itu diadakan di kediaman ibu bapa Yuna yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Dalam Instagramnya @yunamusic, Yuna, 31, ada memuat naik sekeping gambar sebaik majlis pertunangannya selesai, bagi berkongsikan khabar gembira itu buat peminat setianya.

Yuna menulis kapsyen ‘feyonce’ (fiance) sambil menunjukkan cincin pertunangannya dalam mod foto black & white.

Feyoncé

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

Selain itu, bakal kakak ipar Yuna, penyampai radio Mix FM, Aishah Sinclair turut berkongsikan gambar majlis pertunangan Yuna dan adiknya di Instagram miliknya

Turut hadir pada majlis itu ialah bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari yang bakal bergelar biras kepada Yuna.

Tahniah Yuna dan Adam!

sumber– MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply