Larva Human Botfly : Ulat Parasit Yang Hidup Menumpang Di Bawah Lapisan Kulit Anda

Loading...

Human Botfly adalah satu spesis lalat di mana larva serangga ini menjadi parasit dalam badan manusia. Sebelum menjadi larva, telur-telur serangga ini dipindahkan ke dalam kulit manusia melalui liang roma. Dari situlah mulanya kehidupan baru telur-telur Human Botfly di dalam kulit manusia sehingga menjadi larva. Larva serangga ini boleh hidup di mana-mana sahaja bahagian kita, seperti tangan, kaki, muka dan juga kulit kepala.

 

Pemindahan telur ke dalam kulit manusia

botfly betina dewasa 815Botfly betina dewasa
Telur-telur serangga ini biasanya disebarkan melalui serangga lain termasuklah nyamuk, lalat muscoid dan kutu. Lebih daripada 40 spesis nyamuk didapati membantu pemindahan telur Botfly. Modus operandi Human Botfly menyebarkan telurnya adalah dengan cara serangga dewasa yang berjantina betina akan menangkap nyamuk atau serangga yang dinyatakan lalu memindahkan telur-telurnya kepada mereka.
botfly larva 2Larva Botfly dewasa

Nyamuk ini kemudiannya akan hinggap pada manusia untuk menghisap darah. Terdapat dua cara telur-telur ini dipindahkan ke dalam badan manusia. Sama ada ia menetas menjadi larva ketika nyamuk tersebut sedang menghisap darah manusia dan menggunakan gigitan nyamuk ini sebagai jalan masuk, atau telur-telur ini jatuh ke atas kulit ketika ia mendarat di badan anggota badan. Mereka akan masuk dan hidup di bawah kulit serta membuat lubang bagi tujuan pernafasan.

 

Hidup menumpang di dalam lapisan kulit

botfly larva 4Lubang larva

Larga-larva ini hidup di dalam badan manusia dengan menghisap darah dan memakan tisu-tisu badan. Perumah (manusia) akan berasa seperti digigit ketika larva ini sedang makan. Jika dilihat pada lubang ini, ia mempunyai punat berwarna putih seakan-akan jerawat atau bisul. Ia membengkak dan menyebabkan sakit yang amat sangat.

larva keluar daripada kulit 1

larva keluar daripada kulit 2
berjaya keluarLarva keluar dengan sendiri daripada “rumah” nya selepas 8 minggu, untuk berubah menjadi pupa
Ketika larva ini sedang makan, ia akan merembeskan sejenis antibiotik untuk menghalang jangkitan. Semakin mereka membesar, semakin sakit dirasakan oleh manusia. Jika kehidupan mereka tidak diganggu atau tidak dikeluarkan dari lubang ini selama 8 minggu, ia akan keluar sendiri dan jatuh ke tanah untuk berubah menjadi pupa, dan akhirnya menjadi lalat dewasa.

 

Proses mengeluarkan larva

larvae

botfly larva 3

Proses untuk mengeluarkan larva ini daripada liang roma kulit agak sukar kerana larva ini mempunyai cangkuk pada badannya yang disangkut pada kulit manusia. Antara salah satu cara untuk mengeluarkan larva ini adalah dengan menutup lubang tersebut menggunakan daging mentah. Larva ini akan sukar untuk bernafas yang kemudiannya akan berpindah masuk ke dalam daging tersebut.

Jika anda cuba untuk mengeluarkan larva ini dengan menariknya, ia amat berisiko kerana larva ini boleh meletup dan saki bakinya akan tertinggal di dalam kulit yang boleh menyebabkan jangkitan. Cara terbaik adalah dengan menyerahkan kepada doktor untuk mengeluarkannya.

larva dalam mata

Sebelum ini, doktor-doktor telah mengeluarkan larva ini dari merata bahagan badan, termasuklah kemaluan, tangan, kaki, dada, mata dan juga kulit kepala.

 

Boleh menyebabkan jangkitan

botfly larva

Jangkitan atau kerosakan tisu boleh berlaku disebabkan oleh larva ini, namun biasanya hanya parut sahaja yang disebabkan oleh pengeluaran larva ini. Cara untuk menghalang perkara ini daripada berlaku adalah dengan mengelakkan diri daripada digigit oleh nyamuk yang membawa telur-telur ini. Jadi, pakailah pakaian yang lebih tertutup jika berada di kawasan yang berisiko.

Namun, Human Botfly ini biasanya dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan, tiada di Malaysia. Jadi, tak perlu risau, tapi perlu ambil tahu.

 

Rujukan :

1. University of Florida (Entomology & Nematology)

2. How Stuff Works

3. Wired

4. Wikipedia

Kredit:- iluminasi

Loading...

Leave a Reply