Lulu ‘Anak Patung Hidup’ Berlegar Di Sekitar Tokyo Yang Comel Tetapi Menyeramkan

Loading...

Bila sebut sahaja anak patung bernyawa terus teringatkan patung seram Annabelle. Siapa yang tak takut kan?

Tetapi ini memang bernyawa tau. Nama ‘patung’ ni adalah Lulu Hashimoto. Seorang pereka fesyen Jepun, Hitomi Komaki yang mencipta Lulu lengkap dengan sifat sempurna manusia seperti rambut palsu, topeng dan stokin.

Lulu ada di mana-mana sahaja di Jepun. Tak pasti siapakah identiti disebalik Lulu, yang pastinya Komaki telah menjadikannya seperti manusia. Anak patung yang kelihatan seperti manusia.

Anak patung dengan rambut palsu dan pakaian yang lengkap, topeng serta stokin berada di sekitar Tokyo, Jepun. Digelar sebagai Lulu sebagai “anak patung hidup,” ia telah menarik perhatian orang ramai ketika ia melintasi jalan atau melakukan perkara yang dilakukan oleh orang biasa.

Apa yang lebih menarik ialah identiti orang yang menjadi patung tersebut tetap menjadi rahsia. Siapa tahu, “anak patung hidup” boleh menjadi penari kegemaran anda, seorang pereka fesyen, atau model terkenal yang ingin memiliki kehidupan fiksyen untuk sementara waktu di dunia nyata.

Ia dicipta oleh seorang pereka fesyen berusia 23 tahun, Hitomi Komaki. Menurut beliau, anak patung adalah suatu benda yang melambangkan kecomelan.

Loading...

Leave a Reply